Ingin memulakan perniagaan fesyen dalam talian? Jom sertai Gayamu, Caramu!

Adakah anda seorang peminat fesyen dan berfikir untuk memulakan perniagaan sendiri? Jika ya, anda berada di tempat yang tepat!

Memperkenalkan Gayamu, Caramu – kempen terbaharu Lazada bagi membantu dan menyokong penjual fesyen memulakan perniagaan dalam talian mereka. Di platform Lazada, kategori fesyen terdiri daripada pakaian, kasut dan aksesori untuk wanita, lelaki dan kanak-kanak.

Bermula dari sekarang sehingga Februari 2023, semua pendaftaran akan berpeluang memenangi hadiah menarik seperti wang tunai keseluruhan berjumlah RM60,000 dan kredit Lazada Sponsored Discovery bernilai keseluruhan sebanyak RM3,000!

Bukan itu sahaja, anda juga dapat menikmati trafik dan pendedahan eksklusif, 0% Penghantaran Percuma Maksima dan Pengurusan Penglibatan Pelanggan (CEM) selama sebulan. Jika anda mempunyai lebih daripada 30 produk, kami juga boleh membantu anda muat naik secara percuma!

Sebagai penjual baharu, sokongan khas akan disediakan untuk 90 hari pertama bagi memastikan anda sentiasa berada di landasan yang betul. Selain itu, penjual baharu juga digalakkan untuk menyertai sesi latihan oleh Lazada University dalam bentuk strim langsung, acara dan bengkel yang meliputi pelbagai topik. Jangan lupa untuk sertai Komuniti Penjual Lazada di Facebook di mana anda boleh mendapatkan informasi terkini dan berinteraksi dengan penjual Lazada lain!

Jika saya berminat, bagaimana cara untuk mendaftar?

Ikuti langkah-langkah mudah berikut:
Langkah 1: Daftar sebagai Penjual Fesyen Lazada
Langkah 2: Muat naik sekurang-kurangnya 10 produk fesyen
Langkah 3: Gunakan 3 perkakasan di Lazada Seller Center (Store Builder, Lorikeet dan FSM)

Adakah saya layak untuk menyertai Gayamu, Caramu?

Semak sama ada anda memenuhi kriteria kelayakan berikut:

  • Individu Malaysia dengan MyKad
  • Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana Malaysia dengan Nombor Pendaftaran Perniagaan / SSM (Minimum 50% pemilikan tempatan)
  • Terbuka kepada semua Penjual Baharu kategori fesyen di Lazada Marketplace

Anda juga boleh menikmati ganjaran baharu setelah melengkapkan setiap tugasan yang ditetapkan di sepanjang perjalanan jualan anda.

Sertai kempen fesyen Gayamu, Caramu oleh Lazada dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM60,000, kredit iklan Lazada Sponsored Discovery kesuluruhan bernilai RM3,000 dan banyak lagi!

Nak jadi bos tersendiri? Daftar sebagai penjual Lazada hari ini!

Ikuti kami di FacebookInstagramTikTok serta subscribe channel YouTube kami untuk informasi terkini mengenai e-dagang dan pelbagai tips menjadi penjual dalam talian yang berjaya.