Perkembangan fesyen dan keanggunan pakaian sopan

Fesyen pakaian sopan pada zaman sekarang tidak lagi seperti dahulu di mana pakaian sopan hanyalah bertujuan untuk menutup dan menyembunyikan anggota badan semata-mata. Wanita yang berpakaian sopan juga tidak lagi mengasingkan kesopanan dengan daya tarikan diri mereka. Kini, pakaian sopan juga ialah satu kenyataan fesyen.

Wanita Muslim di Malaysia, misalnya, mempunyai pendekatan yang berbeza terhadap pakaian sopan. Sesetengah daripada mereka mungkin lebih menyukai baju kurung, yang lain pula lebih suka memakai ‘abaya’ atau jubah ala-ala Arab. Wanita korporat pula lebih suka menggayakan seluar palazzo dan blaus moden di pejabat. Fesyen sopan di pejabat, misalnya, tidak terikat kepada suruhan agama. Rakyat Malaysia dari semua kaum lebih selesa berpakaian sopan di pejabat.

Fesyen pakaian sopan juga tidak lagi bermaksud menutup kesemua anggota badan. Pada sesetengah wanita, pakaian yang panjang dan longgar menepati definisi pakaian sopan, dan segelintir lagi berpendapat bahawa pakaian yang nipis dan jarang juga sopan asalkan ianya panjang. Kesemua jenis permintaan untuk pakaian sopan ini dipenuhi oleh banyak jenama di negara kita. Pasaran pakaian sopan di Malaysia adalah antara yang paling utama di dunia selain India, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Nigeria, dan sebagainya.

Selain cita rasa fesyen, iklim dan cuaca juga memain peranan dalam membentuk perkembangan industri ini. Di Malaysia, di mana cuaca selalu panas dan lembap, pelanggan lebih memberikan perhatian kepada jenis bahan apabila membeli pakaian. Bahan yang menyerap peluh dan boleh bernafas lebih disukai.

Timur Tengah kini berubah

Walaupun budaya Timur Tengah dikira sebagai lebih konservatif, para wanita di rantau ini tidak lagi melihat jubah hitam yang kosong sebagai hanya satu pilihan yang mereka ada untuk berpenampilan sopan, walaupun jubah hitam masih lagi popular. Mereka kini gemar dengan ‘abaya’ anggun yang bewarna-warni. Fesyen pakaian sopan di rantau ini juga merangkumi kesemua segmen pakaian wanita seperti pakaian aktif, pakaian jalanan, dan fesyen pantas. Dari segi ekonomi juga, wanita-wanita di Timur Tengah adalah lebih ke hadapan, jadi mereka mempunyai kesempatan untuk melabur dalam penampilan mereka.

Untuk menyejukkan tubuh pada musim panas, mereka akan terus beralih kepada warna-warna yang cerah dan terang yang tidak menyerap haba cahaya matahari seperti hijau terang, beige, oren, merah jambu lembut, dan sebagainya. Warna-warna yang lembut ini bukan sahaja cantik, mereka juga melambangkan keayuan wanita.

Penjual harus mengambil kira umur, status sosio-ekonomi, dan pendidikan wanita dalam pasaran sasaran mereka. Jenama juga harus sedar perbezaan serantau dalam negara majoriti Islam. Ia perlu faham bahawa fesyen pakaian sopan kini ialah satu segmen untuk wanita yang tidak memerlukan atau ingin memakai pakaian yang mendedahkan untuk kelihatan bergaya. Industri ini juga akan kekal dan wujud di samping kategori fesyen global utama yang lain di masa hadapan, seperti Nike yang kini menjual tudung dan pakaian renang muslimah untuk pakaian aktif.

Sertai kempen fesyen Gayamu, Caramu oleh Lazada dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM60,000, kredit iklan Lazada Sponsored Discovery kesuluruhan bernilai RM3,000 dan banyak lagi!

Nak jadi bos tersendiri? Daftar sebagai penjual Lazada hari ini!

Ikuti kami di FacebookInstagramTikTok serta subscribe channel YouTube kami untuk informasi terkini mengenai e-dagang dan pelbagai tips menjadi penjual dalam talian yang berjaya.