Nike mungkin merupakan jenama global pertama yang menceburkan diri ke dalam pasaran atletik muslimah. Namun, setelah melihat jurang dalam pasaran dan permintaan yang besar perniagaan-perniagaan dan jenama-jenama yang lebih kecil telah mula reka bentuk pakaian aktif untuk wanita Islam.
Sebenarnya produk atletik muslimah yang sedia ada tidak mencukupi dan tidak meliputi banyak aspek kesopanan yang penting, menyebabkan wanita muslimah berasa tertekan dengan pakaian yang longgar, bergelut dengan pergerakan yang tangkas dan bukannya berusaha ke arah yang lebih baik. Mereka juga bimbang jika tudung mereka akan kekal di tempat asal atau melayang dengan pergerakan yang laju. Berenang dengan pakaian yang labuh dan besar juga mendedahkan wanita Islam kepada risiko lemas. Pasaran atletik muslimah memerlukan lebih banyak produk yang ringan dan boleh bernafas walaupun sopan.
Sebagai respons, banyak jenama-jenama global popular yang telah mula memberi perhatian kepada keperluan dan permintaan wanita Islam yang aktif bersukan, dan trend industri ini kini mula berkembang kepada pakaian renang yang dibuat khas untuk wanita Islam seperti burkini dan tudung yang dibuat khas untuk aktiviti sukan dan atletik.
Lebih ramai wanita juga kini menggantikan legging dengan pakaian spandeks dari kepala ke kaki yang sesuai dengan wanita Islam. Malah, para selebriti juga telah mempopularkan trend ini. Label indie lain telah melihat trend ini dan menawarkan pakaian sehelai dengan daya tarikan yang lebih estetik walaupun sopan.
Jenama-jenama besar dalam industri pakaian atletik muslimah sedang beralih dan mencipta produk baru untuk pengguna dalam semua saiz pakaian. Di samping itu, wanita muslimah juga mahu perniagaan menunjukkan komitmen mereka terhadap kepelbagaian saiz, di samping kesopanan. Jenama seperti Misclaire juga telah mula menawarkan pakaian atlet muslimah bersaiz besar selain produk-produknya yang lain.
Memang betul bahawa pakaian atletik tidak semestinya bergaya, tetapi memakai pakaian yang bergaya, cantik, dan selesa sudah pasti boleh membantu anda mendapatkan mood untuk mengeluarkan peluh. Cabaran yang dihadapi oleh ramai wanita Islam ialah mencari pakaian senaman yang berfungsi dan bergaya, mematuhi kod kesopanan, dan sesuai untuk gim awam dan ruang sukan yang bercampur jantina. Jenama-jenama pakaikan atlet juga kini faham bahawa wanita Islam bukan hanya mahu pakaian sukan yang memenuhi fungsi atletik sahaja, tetapi mereka juga mahu produk yang cantik dan mempunyai nilai fesyen.
Trend-trend ini bakal membentuk industri ini pada tahun 2023 dan tahun-tahun yang akan datang.
Wanita muslimah kini tidak perlu lagi memakai T-shirt yang longgar berlapis-lapis dan tudung yang labuh untuk bersukan. Jenama yang menjual pakaian atletik, tidak kira yang tempatan atau global, kini sudah mula mengesan permintaan yang belum dipenuhi sepenuhnya. Walau bagaimanapun, pasaran pakaian atletik muslimah sudahpun berkembang dengan cepat dengan produk-produk yang inovatif.
Sertai kempen fesyen Gayamu, Caramu oleh Lazada dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM60,000, kredit iklan Lazada Sponsored Discovery kesuluruhan bernilai RM3,000 dan banyak lagi!
Nak jadi bos tersendiri? Daftar sebagai penjual Lazada hari ini!
Ikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok serta subscribe channel YouTube kami untuk informasi terkini mengenai e-dagang dan pelbagai tips menjadi penjual dalam talian yang berjaya.