Idea pembungkusan pakaian dan aksesori untuk 2023

Sebagai peniaga e-dagang yang mengepos pakaian dan aksesori menggunakan perkhidmatan kurier, pembungkusan yang anda pilih haruslah melindungi produk anda sambil mempamerkan penjenamaan anda. Berita baiknya ialah anda tidak perlu memilih antara reka bentuk, kemampanan, atau kualiti yang hebat: anda boleh memilih pembungkusan untuk pakaian anda yang memenuhi kesemua ciri-ciri ini.

  • Beg pakaian yang boleh kompos

Untuk memastikan pakaian yang anda jual sampai tanpa sebarang kedutan atau lipatan, anda boleh menggunakan beg pakaian. Beg pakaian yang jelas dan boleh dikompos ialah satu alternatif mesra alam yang hebat dan satu cara yang berkesan untuk mengemas pakaian atau aksesori. Bahan lut sinar beg ini bermakna pelanggan anda akan dapat melihat produk yang mereka pesan, sambil melindungi produk anda.

  • Tag gantung

Tag gantung ialah cara terbaik untuk berkongsi maklumat tambahan kerana ia boleh disesuaikan untuk mempamerkan butiran saiz pakaian, nama media sosial perniagaan atau stor anda, arahan penjagaan, dan jenis bahan. Jika produk anda unik, buatan tempatan, atau diperbuat daripada bahan yang mampan, sampaikan mesej ini di atas tag pakaian selain keistimewaan lain pakaian anda. Anda juga boleh menukar reka bentuk tag ini mengikut produk: edisi terhad, koleksi bermusim, atau pesanan pelanggan yang diperibadikan. 

  • Reka bentuk kreatif

Reka bentuk pembungkusan boleh fokus kepada beberapa aspek yang berbeza, seperti bahan mesra alam, nilai estetika tulen, atau budaya.

Kasut, khususnya, boleh dibungkuskan dengan banyak reka bentuk yang kreatif. Contohnya, sebuah jenama kasut Belgium mencipta kotak kasut yang bukan sahaja boleh muatkan kasut, tetapi boleh digunakan semula untuk menyimpan beer dan snek, dengan itu mengambil kira aspek budaya juga. Ada juga kotak kasut yang direka bentuk seperti buku. Kreativiti seperti ini membuatkan produk anda susah untuk dilupakan!

  • Beg tali serut untuk aksesori

Beg tali serut ialah pilihan yang bijak untuk membungkus aksesori yang halus (subang, rantai tangan, cincin, dan sebagainya) yang perlu disimpan rapi supaya tidak hilang dalam kotak yang besar. Beg kecil dan comel seperti ini akan memastikan barang aksesori anda selamat dalam kotak penghantaran apabila bergerak dalam transit. Memandangkan beg bertali seperti ini boleh digunakan semula, anda boleh mencipta sebuah jenama yang hebat yang akan menarik pelanggan untuk menyimpan beg itu lama selepas mereka menerima bungkusan anda. Selain itu, beg jenis ini diperbuat daripada 100% kapas organik dan bertujuan untuk digunakan semula.

  • Kertas tisu

Kertas tisu boleh melindungi produk yang halus seperti aksesori, selain pakaian. Mengepos produk dalam kertas tisu yang disuaikan untuk jenama anda akan menaikkan appeal produk anda dan menampilkan penjenamaan anda. Kertas tisu juga memberikan lapisan perlindungan tambahan dan ianya ringan untuk penghantaran.

Ada pelbagai pilihan pembungkusan untuk produk fesyen seperti pakaian dan aksesori: pastikan perniagaan anda mengutamakan pembungkusan yang akan mempamerkan jenama anda, yang masih bernilai kepada pelanggan anda selepas pembelian mereka, dan yang boleh dilupuskan secara bertanggungjawab selepas digunakan (bungkusan mesra alam). Pada tahun 2023 dan tahun-tahun yang akan datang, pengguna akan menghargai cara bungkusan yang mesra alam dan kreatif.

Sertai kempen fesyen Gayamu, Caramu oleh Lazada dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM60,000, kredit iklan Lazada Sponsored Discovery kesuluruhan bernilai RM3,000 dan banyak lagi!

Nak jadi bos tersendiri? Daftar sebagai penjual Lazada hari ini!

Ikuti kami di FacebookInstagramTikTok serta subscribe channel YouTube kami untuk informasi terkini mengenai e-dagang dan pelbagai tips menjadi penjual dalam talian yang berjaya.