Bagaimanakah anda boleh menggayakan gabungan barangan fesyen anda?

Strategi dan gaya penggabungan produk anda adalah identiti perniagaan anda. Ia perlu relevan dengan trend semasa (dan yang akan datang), dan juga sensitif kepada geografi dan lokasi anda. Gabungan barang fesyen anda juga perlu dimuatkan dalam proses perancangan pengestokan anda supaya anda masih mencapai sasaran kewangan dan inventori anda.

  • Tunjukkan imej dan tujuan stor anda

Memahami khalayak sasaran adalah langkah pertama untuk menentukan imej stor anda. Cari tujuan jenama dan promosikan pakaian yang mampan, pakaian yang selesa, atau yang lebih fokus pada produk mewah. Jika imej kedai anda menyeronokkan, di mana seseorang boleh membeli pakaian jenis funky, jenama anda perlu menekankan tema pakaian funky ini. Tetapi jika stor anda mempunyai imej sebagai sebuah stor yang mempunyai sesuatu untuk semua peringkat umur, anda harus menunjukkan ini juga.

Jika jenama anda tidak mempunyai imej, pelanggan anda mungkin keliru dan akan memilih pesaing yang mempunyai imej yang lebih tepat tentang apa yang mereka tawarkan.

  • Pelajari inventori anda

Peniaga am sering memerhati inventori untuk melihat corak dalam jualan, dan apabila mereka menemui satu corak, mereka mengubah suai produk mereka dengan sewajarnya. Sebagai contoh, jika ramai pelanggan inginkan produk yang sama dalam warna dan gaya yang berbeza, anda mungkin ingin meneroka produk tersebut dengan lebih dalam lagi.

  • Perhatikan tabiat membeli-belah pelanggan

Anda harus memerhatikan tabiat pelanggan anda dalam talian dan di kedai luar talian (jika ada). Ini akan membantu anda dalam mencari corak dalam sesi membeli-belah pelanggan. Cari jenis produk yang pelanggan sering tanya dan minat. Soalan-soalan pelanggan tentang produk anda akan membantu perniagaan fesyen anda untuk merangka strategi penjualan.

Tambahan pula, anda juga boleh memerhatikan kombo produk yang akan dicari oleh pelanggan. Pelanggan yang membeli tali leher yang sepadan setiap kali mereka membeli sehelai baju berkemungkinan besar untuk membeli yang produk yang sama dalam pembelian seterusnya.

  • Fokus kepada trend yang kian berubah

Kadangkala perubahan mendadak dalam trend boleh memberi impak yang besar dalam jualan. Fesyen sopan atau muslimah sedang menjadi popular hari demi hari di Malaysia, dan jika lebih banyak jenama melihat bahawa khalayak sasaran mereka semakin dipengaruhi oleh fesyen sopan, mereka perlu membuat perubahan yang perlu. Anda boleh memperkenalkan pelbagai jenis fabrik mampan (yang juga adalah trend semasa) untuk pakaian sopan.

Pemahaman mendalam tentang pasaran anda dan tabiat membeli-belah pelanggan anda, digabungkan dengan data jualan dan inventori, akan membolehkan anda menghasilkan pelbagai gabungan fesyen yang mendorong trafik dan jualan. Ingat juga bahawa musim harus diambil kira semasa merancang gabungan produk anda. Bergantung pada musim, anda mungkin perlu mengecilkan gabungan produk anda untuk kategori tertentu sambil meluaskan yang lain.

Sebagai contoh, semasa musim panas, gabungan produk anda haruslah relevan dan sesuai untuk musim panas. Jika musim percutian (seperti cuti sekolah dan perayaan besar) tiba, anda perlu mengubah suai pilihan produk anda dengan sewajarnya.

Nak jadi bos tersendiri? Daftar sebagai penjual Lazada hari ini!

Ikuti kami di FacebookInstagramTikTok serta subscribe channel YouTube kami untuk informasi terkini mengenai e-dagang dan pelbagai tips menjadi penjual dalam talian yang berjaya.