Kelebihan LazMall

Menurut sebuah laporan oleh Free Malaysia Today, satu tinjauan dari 2018 yang dijalankan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mendapati bahawa 60% pembeli dalam talian bimbang tentang barangan palsu yang dijual dalam talian. Ini menunjukkan bahawa ketulenan produk telah menjadi salah satu permintaan utama majoriti pembeli tempatan dalam talian. Untuk menjamin ketulenan produk dan menepis segala kebimbangan pembeli, Lazada telah melancarkan LazMall pada tahun 2018.

LazMall berfungsi sebagai sebuah pusat membeli-belah maya yang disertai oleh rakan-rakan kongsi jenama rasmi di Lazada, termasuk Nike, Nestlé, Philips, Estée Lauder, La Mer, dan banyak lagi. Dengan mengetik pada ikon LazMall pada halaman utama platform Lazada, pembeli boleh melihat senarai jenama tulen melalui direktori jenama pada saluran LazMall yang direka dengan anggun sekali, di mana ‘Brand Mega Offers’, saingan hangat pasaran, tersedia 24 jam setiap hari.

Pelanggan juga boleh mengenal pasti jenama LazMall melalui tag digital yang boleh dilihat pada tajuk produk dan halaman stor. Setiap produk dengan tag LazMall dan yang dihoskan di saluran LazMall adalah dijamin 100% tulen oleh Lazada. LazMall juga menjaminkan wang anda dikembalikan lima kali ganda (untuk pembeli Malaysia) jika mana-mana produk di LazMall disahkan sebagai barangan tiruan.

Ada juga lapisan perlindungan tambahan untuk pembeli kerana semua produk di LazMall tertakluk pada pemulangan percuma selama 15 hari selepas pembelian, di mana pembeli boleh memulangkan item yang rosak, tamat tempoh, atau disyaki palsu. Situasi seperti ini akan disahkan oleh jenama tertentu secara langsung dan pembeli tidak perlu menanggung sebarang bayaran penghantaran tambahan*.
*Tertakluk pada terma dan syarat

Bagaimana Lazada menjaminkan ketulenan produk?

Tag LazMall dan saluran trafik tinggi adalah sangat dimahukan oleh peniaga dan penjual dalam talian. Walau bagaimanapun, Lazada telah mewujudkan kawalan kualiti yang ketat yang menjaga integriti LazMall. Hanya pemilik jenama rasmi dan pengedar bertauliah sahaja yang layak untuk mendaftar di LazMall. Pemohon melalui tiga langkah proses pengesahan yang menyeluruh untuk menentukan perkara-perkara yang berikut:

  • Hubungan jenama
  • Bukti keaslian
  • Metrik operasi

Setiap permohonan perlu dihantar bersama dokumen sokongan yang diperlukan untuk memulakan stor LazMall yang tertentu seperti sijil tanda dagangan atau trademark jenama untuk ‘LazMall Flagship Stores’, surat kebenaran jenama untuk ‘LazMall Authorised Stores’, atau invois pembelian untuk ‘LazMall Verified Stores’. Semua stor di Lazada juga adalah milik perniagaan-perniagaan yang berdaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Chenxi Zhou, ketua LazMall Malaysia, berkata bahawa Lazada memandang serius keaslian produk di LazMall dan janji pemulangan percuma 15 hari. “Kami komited untuk menyediakan pengalaman membeli-belah first-rate dalam talian di LazMall, serta memastikan kepuasan pelanggan yang unggul,” ujar beliau.

Hanya setahun selepas pelancaran LazMall, lebih dari 3,800 jenama telah pun berdaftar sebagai penjual di saluran itu, termasuk Nike, Aesop, Eucerin, dan banyak lagi.

Keaslian produk dan kepuasan pelanggan

Pembeli dalam talian boleh membeli-belah dengan yakin kerana mengetahui bahawa semua barangan berjenama yang dibeli di LazMall adalah dijamin tulen dan dikendalikan dengan tahap penjagaan yang mencerminkan nilai jenama, kualiti, konsistensi, dan reputasi jenama rakan kongsi Lazada yang merentasi pelbagai kategori, daripada barangan runcit hingga peralatan elektronik, dan banyak lagi.

Ketulenan jenama amatlah penting bukan sahaja atas dasar etika, tetapi juga atas dasar keselamatan dan kesihatan rakyat. Sebagai contoh, pembeli di Lazada tidak harus risau lagi dengan penjualan alatan elektronik palsu yang mungkin akan mengundang bahaya dan penjualan kosmetik yang terlarang.

Nak jadi bos tersendiri? Daftar sebagai penjual Lazada hari ini!

Ikuti kami di FacebookInstagramTikTok serta subscribe channel YouTube kami untuk informasi terkini mengenai e-dagang dan pelbagai tips menjadi penjual dalam talian yang berjaya.