Maksimakan jualan anda raya ini

Ramadan adalah satu musim untuk umat Islam di seluruh dunia beribadah, dan bulan yang penuh berkat ini menyaksikan perubahan besar dalam rutin harian pengguna dan gelagat membeli-belah mereka. Hari raya juga hadir dengan peluang yang tersendiri untuk dimanfaatkan oleh perniagaan anda.

Lanjutkan tempoh promosi hari raya

Adakah anda sudah melancarkan promosi untuk hari raya? Jika ya, cuba lanjutkan tempoh promosi ini. Ini bertujuan untuk meningkatkan semangat bakal pelanggan anda supaya mereka akan mengambil bahagian dalam promosi tersebut. Pelanjutan promosi ini juga boleh menjadi peluang anda untuk meluaskan jangkauan pelanggan sasaran anda.

Buat program promosi baharu

Selain melanjutkan program promosi yang sedia ada, anda juga boleh meningkatkan potensi jualan anda dengan program promosi yang baru. Cuba buat program yang berkaitan dengan kehidupan harian pelanggan; contohnya, seperti promo bundling supaya pelanggan tidak perlu bersusah payah memesan beberapa jenis barangan. Anda boleh gabungkan baju raya dengan aksesori seperti rantai, jam tangan, beg tangan, atau kasut yang sedondon. Anda juga boleh berkolaborasi dengan penjual yang lain untuk menjayakan kempen promosi seperti ini. 

Fahami motivasi pelanggan pada hari raya

Pada musim raya, akan terdapat peningkatan dalam carian fesyen dan kecantikan. Ramai wanita mencari barang solekan dan penjagaan kulit dan kaum lelaki pula akan mencari produk pencukur dan dandanan untuk aktiviti kekeluargaan di Aidilfitri. Raya juga ialah perayaan untuk memberi, dan tema ini benar-benar diserlahkan apabila orang ramai secara aktif mencari hadiah terbaik untuk sahabat handai dan keluarga mereka. Anda boleh menggunakan motivasi ini untuk promosikan produk anda sebagai hadiah yang terbaik untuk diberikan.

Pemasaran hari raya yang efektif adalah seperti:

  • Sedekah

Memandangkan sedekah merupakan elemen yang penting dalam perayaan Aidilfitri, anda boleh memasukkan aktiviti amal ibadah seperti sedekah kepada organisasi atau kumpulan yang memerlukan dalam komunikasi pemasaran anda dengan menderma beberapa peratusan jualan kepada badan amal. Ini adalah cara yang efektif untuk menaikkan motivasi pelanggan untuk membeli dari anda.

  • Hormat

Mesej pemasaran anda mestilah menghormati sensitiviti mereka yang menyambut perayaan Aidilfitri. Apa-apa jenis pemasaran yang tidak menghormati budaya raya rakyat Malaysia akan merosakkan imej perniagaan anda. Anda juga boleh menyemarakkan semangat lebaran dengan mesej ‘Selamat Hari Raya’ yang unik dari perniagaan anda dengan visual yang menarik.

Berdasarkan suatu analisis pengguna e-dagang pada bulan Ramadan, ia menunjukkan bahawa umat Islam di Malaysia mempunyai pandangan pengguna yang unik untuk Ramadan dan perayaan Aidilfitri. Tapak web e-dagang merekodkan puncak trafik pada jam 4 pagi, sebaik sahaja orang ramai bangun untuk bersahur (makan sebelum subuh) sebelum mereka mula berpuasa sepanjang hari. Menjelang 5 pagi, trafik meningkat 105 peratus di Malaysia dan 345 peratus di Indonesia. Lonjakan lonjakan trafik ini berlaku pada hari bekerja, kerana kebanyakan orang menyemak imbas semasa waktu kerja. Gunakan waktu ini untuk maksimakan jualan hari raya anda.

Nak jadi bos tersendiri? Daftar sebagai penjual Lazada hari ini!

Ikuti kami di FacebookInstagramTikTok serta subscribe channel YouTube kami untuk informasi terkini mengenai e-dagang dan pelbagai tips menjadi penjual dalam talian yang berjaya.