Linen: Fabrik terlaris di Malaysia dan kenapa anda harus menjualnya

Dengan cuaca yang panas dan lembap di Malaysia, fabrik yang tebal dan berat seperti kasmir dan fabrik berbulu tidak sesuai untuk dipakai. Inilah sebabnya linen, fabrik ringan yang telah menjadi bahan ruji pada musim panas selama beberapa generasi, menjadi bahan yang sangat popular untuk dijadikan pakaian di negara ini. Kemeja lelaki selalunya diperbuat daripada bahan ini.

Tahukah anda?

Linen telah digunakan untuk mengekalkan suhu badan nenek moyang kita pada musim panas sejak mereka mengusahakannya dalam versi semulajadi. Bahan ini diperbuat daripada gentian selulosa yang terdapat di dalam tumbuhan rami, dan proses pembuatannya hari ini tidak jauh beza daripada kaedah yang digunakan oleh orang Mesir purba lebih 10,000 tahun dahulu. Linen hari ini sudah mendapat populariti untuk digunakan sebagai pakaian; ianya juga digunakan untuk membuat cadar dan sarung kusyen.

Cara memakai linen

  • Dipakai longgar

Semua pakaian linen, sama ada baju berbutang atau jumpsuit, hendaklah dipakai longgar tetapi masih mengikuti bentuk tubuh badan anda. Ini akan menjamin kedua-dua kebolehnafasan pakaian anda serta faktor kasual yang anda cuba gayakan. Oleh sebab bahan ini tidak begitu lembut dan agak keras, pastikan baju linen anda tidak terlalu longgar, atau bahan itu tidak akan terbentuk elok di atas badan anda. Asalkan ianya tidak melekat pada badan anda dan terlalu ketat di bahagian pinggang, maksudnya semua baik-baik saja!

  • Pilih warna neutral

Linen memang datang dalam semua warna pelangi, tetapi lebih baik jika anda mengekalkan warna neutral dan warna berasaskan bumi untuk pakaian anda. Warna coklat, krim, hijau, dan juga merah jambu akan membantu menyerlahkan estetika semulajadi fabrik linen.

  • Tuck in untuk lelaki

Untuk nampak lebih kemas dan bergaya, adalah lebih baik untuk kemeja linen di-tuck in, agar tidak nampak selekeh. Kemeja linen juga sudah menjadi item fesyen wanita yang suka menggayakan kemeja besar dengan seluar pendek atau seluar ketat.

  • Gayakan secara profesional di majlis formal

Pakaian linen sangat serba boleh. Anda boleh memakai dress linen yang panjang atau pendek ke acara rasmi, dari fine dining hingga pembukaan galeri seni, terutamanya warna yang gelap seperti hitam. Anda akan tampak anggun dan classy dalam gaya ini.

  • Memakai seluar linen ke pejabat

Sepasang seluar linen boleh menjadi pilihan utama anda untuk pakaian ke tempat kerja. Seluar linen putih bagus untuk musim panas (dan musim bunga). Jika anda memutuskan untuk memakainya, terdapat pelbagai look yang mungkin anda boleh buat. Anda boleh membuat penampilan minimalis dan mengekalkan tona monokromatik, atau anda boleh memilih blaus linen berwarna-warni dengan kombinasi seluar linen putih dengan sepasang kasut berwarna cerah untuk menyemarakkan gaya anda!

  • Memakai linen sebagai baju tidur

Bahan linen amat sesuai untuk masa rehat. Sama ada gaun tidur atau pakaian bersahaja, yakinlah bahawa kualiti tidur anda akan menaik. Linen bukan sahaja satu bahan termoregulasi tetapi kebolehnafasannya juga sangat tinggi. Tubuh anda akan berterima kasih kepada anda atas tidur yang selesa dek baju tidur linen anda.

Perkara yang terbaik tentang pakaian linen ialah anda boleh memakainya bila-bila masa sahaja sepanjang tahun! Walaupun fabrik adalah paling popular untuk dipakai pada musim panas, ciri-cirinya juga sesuai untuk dipakai pada musim sejuk: fabrik linen semula jadi sangat tahan lama dan adalah pilihan yang bagus untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif, jadi ia akan membuatkan anda berasa sangat selesa: anda tidak akan terlalu panas atau terlalu sejuk!

Sertai kempen fesyen Gayamu, Caramu oleh Lazada dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM60,000, kredit iklan Lazada Sponsored Discovery kesuluruhan bernilai RM3,000 dan banyak lagi!

Nak jadi bos tersendiri? Daftar sebagai penjual Lazada hari ini!

Ikuti kami di FacebookInstagramTikTok serta subscribe channel YouTube kami untuk informasi terkini mengenai e-dagang dan pelbagai tips menjadi penjual dalam talian yang berjaya.