Gunakan benda sedia ada di sekeliling anda untuk gambar produk yang cantik

Fotografi produk tidak semudah merakam saja. Malah produk yang paling asas sekalipun memerlukan peralatan, pengcahayaan, dan ruang yang betul untuk menghasilkan imej cantik yang akan menarik perhatian pembeli. Berikut ialah tips yang anda boleh gunakan untuk mengambil gambar produk anda.

Selalunya, gambar produk diambil dengan single shot. Ini ialah salah satu jenis gambar produk yang paling biasa, mengandungi hanya satu objek dalam bingkai. Ia sering dipaparkan dalam katalog produk, imej sepanduk, dan di seluruh halaman produk untuk mempamerkan produk individu secara bebas daripada koleksi penuh. Untuk membuatkan produk anda terserlah dalam gambar jenis ini, gunakan latar belakang putih; ini ialah amalan yang disyorkan dan juga diperlukan oleh sesetengah pasaran. Dinding rumah anda juga sudah mencukupi!

Penjual produk fesyen boleh mengambil gambar jenis ini dengan sangat mudah sekali. Anda boleh menggunakan apa-apa rak di rumah anda untuk mengambil gambar sepasang kasut, misalnya, atau atas trek jogging jika anda menjual kasut sukan.

Teknik menggantungkan pakaian pula digunakan untuk menunjukkan produk seperti baju dan seluar pada paras mata. Ia mesra bajet dan lebih pantas daripada teknik lain. Jika anda mempunyai bajet yang rendah, anda boleh menggunakan hangar di rumah anda sendiri untuk menyidai pakaian di atas cangkuk di dinding atau latar belakang putih, dan kemudian mengambil gambar produk anda.

Pengepit pakaian juga amat penting untuk merakam model atau mannequin anda jika anda ingin menunjukkan kepada pelanggan anda cara memakai pakaian tersebut dengan fit yang terbaik. Lebih fit pakaian, lebih besar kemungkinan pembeli akan membelinya kerana tidak semua badan atau mannequin adalah sama. Anda mungkin perlu membuat perubahan kecil di sesetengah tempat di mannequin.

Menggunakan prop ialah cara lain untuk membantu pelanggan anda membayangkan bermacam-macam cara produk anda boleh digunakan oleh mereka. Jika anda menggunakan produk lain yang anda jual sebagai alat prop, ia juga boleh membantu anda menjual lebih banyak produk tersebut. Contohnya, jika anda menjual jam dan dompet, anda boleh mengambil shot dari atas yang menunjukkan jam dan dompet tersebut di atas meja (seperti coffee table) beserta dengan kunci kereta. Gambar seperti ini seolah-olah mempunyai sebuah cerita disebaliknya dan sangat menarik.

Jika anda menjual aksesori seperti anting-anting, anda boleh menggunakan benang bewarna putih dan lekatkan benang ini di dinding, atau ikat benang tersebut dari satu titik ke satu titik yang lain. Anda boleh gantungkan produk anda di atas benang tersebut apabila mengambil gambar barang kemas kecil atau produk lain yang tidak boleh berdiri dengan sendiri.

Mengambil gambar produk anda sendiri bukanlah mudah. Ia tidak akan sempurna pada kali pertama anda mencubanya, tetapi jangan risau. Matlamat anda ialah untuk menjadi lebih baik lagi dengan setiap sesi penggambaran. Imej produk yang lebih baik bermakna lebih banyak jualan dan lebih banyak peluang untuk orang ramai menikmati produk anda.

Nak jadi bos tersendiri? Daftar sebagai penjual Lazada hari ini!

Ikuti kami di FacebookInstagramTikTok serta subscribe channel YouTube kami untuk informasi terkini mengenai e-dagang dan pelbagai tips menjadi penjual dalam talian yang berjaya.