Skip to content

Tempat terbaik untuk mengambil gambar anda secara percuma

Share :

Reading time: 3 minutes

Apa yang pembeli lihat sering menjadi faktor penentu sama ada mereka akan kekal di stor anda atau hilang minat sekaligus, jadi penting untuk anda melabur dalam stor dalam talian yang menarik perhatian mereka dan yang membuatkan mereka tertarik.

Anda boleh mengambil gambar produk anda secara percuma jika anda mengambilnya sendiri. Dengan kemajuan teknologi hari ini, anda hanya memerlukan telefon pintar anda untuk mendapatkan gambar produk yang hebat. Pilihan ini adalah pilihan yang bajet dan mesra pengguna, dan juga sangat mudah untuk dibuat. Anda hanya harus memilih tempat yang cantik dan sesuai untuk mempamerkan produk anda. Berikut ialah tips untuk anda mencari tempat-tempat itu.

Latar belakang

Gunakan latar belakang berwarna putih atau kelabu muda di belakang produk anda untuk memberikan gambar anda rupa yang bersih dan konsisten serta untuk mengelak perhatian pelanggan dari beralih. Anda boleh mencipta tirai latar anda sendiri dengan mudah menggunakan kain, kertas bergulung, keratan papan buih, atau dinding. Kesemua ini boleh dibuat di mana-mana sudut rumah anda sendiri, dengan syarat-syarat berikut:

  1. Rumah anda mempunyai pengcahayaan yang baik. Pengcahayaan semulajadi dari tingkap atau balkoni adalah yang terbaik.
  2. Jika pengcahayaan semulajadi tiada di rumah anda, anda masih boleh menggunakan pengcahayaan dari sumber yang lain seperti ring light atau kit pengcahayaan besar yang lain.
  3. Rumah anda mempunyai ruang yang sesuai untuk sebuah meja (untuk tujuan penggambaran supaya produk anda berada di posisi atas, memudahkan anda untuk mengambil gambar dari sudut yang elok).

Tempat-tempat yang terbuka seperti taman dan padang juga mempunyai pencahayaan yang sangat baik dan akan memberikan anda gambar-gambar yang cantik yang dapat mempersembahkan produk anda. Jika anda lebih suka untuk mempamerkan produk anda dalam pengcahayaan yang bukan semulajadi, anda boleh memilih tempat seperti kafe.

Gambar penggunaan dalam dunia sebenar

Gambar penggunaan produk anda dalam dunia sebenar yang dinamik sangat menarik apabila ia menunjukkan kegunaan khusus produk anda atau apabila ia sedang dimodelkan oleh seseorang. Sebagai peniaga fesyen, gambar-gambar produk anda akan mempunyai lebih banyak daya tarikan apabila produk anda dimodelkan oleh seseorang. Walaubagaimanapun, mengiklankan produk anda dengan cara ini bukanlah 100% percuma.

Jika anda menjual baju, tangkap gambar baju tersebut sahaja — hamparkan pada permukaan putih — dan atas patung yang warnanya kontra dengan warna produk anda. Kemudian, ambil juga gambar baju tersebut apabila dipakaikan oleh seseorang. Anda boleh dapatkan gambar ini dari bahagian reviews produk anda. Berikan insentif seperti baucar untuk pembeli dari laman reviews yang dipilih oleh anda untuk memodelkan produk anda. Dengan cara ini, kos yang anda bayar adalah sangat kecil kerana pembeli yang mendapat baucar dari anda akan membeli dari stor anda juga. Secara tidak langsung, anda juga akan menaikkan kesedaran jenama anda.

Jika sekeping gambar nilainya seribu perkataan (dari peribahasa Inggeris ‘a picture is worth a thousand words’, gambar produk yang cantik dan menarik bernilai seribu lawatan stor anda. Fotografi produk adalah sangat berharga untuk menjayakan strategi stor e-dagang anda.

Nak jadi bos tersendiri? Daftar sebagai penjual Lazada hari ini!

Ikuti kami di FacebookInstagramTikTok serta subscribe channel YouTube kami untuk informasi terkini mengenai e-dagang dan pelbagai tips menjadi penjual dalam talian yang berjaya.

More articles you may like

Do you constantly feel like you want to be your own boss and start a business? The time is NOW!

Want more?

Sell With Lazada answers all your e-commerce how’s, go-to, do’s and don’ts. If you’d like to find out more on how to be an effective seller, follow us on the link below.

Recent Posts

Follow Us

Sell With Lazada answers all your e-commerce how’s, go-to, do’s and don’ts. If you’d like to find out more on how to be an effective seller, follow us on the link below.