Seperti yang ramai sudah tahu, Lazada ialah antara platform eDagang yang terkenal di Malaysia sekarang ini kerana ia menawarkan marketplace online yang mudah dan selamat untuk penjual dan pelanggan.
Dengan pelbagai kategori produk yang tersenarai seperti barangan elektronik, fesyen, perkakasan rumah dan produk kecantikan, Lazada memastikan pengalaman beli-belah yang mudah dan teratur kepada pelanggan untuk harga rendah dan berdaya saing tinggi, perkhidmatan penghantaran yang terurus, dan pemilihan pembayaran yang selamat.
Daripada ulasan penjual yang galak menjual di Lazada, ramai yang mengatakan Lazada mempunyai kelompok pelanggan yang unik. Antara faedah lain kalau anda menjadi seller Lazada :
- Pendaftarannya mudah. Pendaftaran untuk membuka akaun di Lazada adalah percuma dan tiada caj tersembunyi.
- Mula menjual secepat mungkin. Anda boleh mula menjual dengan serta-merta selepas kedai anda siap dibina dan diaktifkan.
- Kelompok pelanggan yang unik. Jenama anda boleh dilihat oleh jutaan pelawat yang sememangnya teruja untuk membeli.
- Pilihan logistik yang mudah dan menyenangkan.
- Pelbagai kempen jualan untuk disertai. Anda boleh menyertai pelbagai kempen dan tingkatkan jualan.
Kalau anda teringin menjadi penjual Lazada, proses pendaftaran akaun untuk menjadi penjual atau Lazada seller adalah amat mudah! Malah, ia boleh dibuat melalui aplikasi mudah alih atau laman web Lazada sahaja!
Ikuti langkah ini:
- Layari laman web Pusat Penjual Lazada.
- Klik “Buka Akaun Baru” dan masukkan kod 6 digit untuk mengesahkan nombor telefon anda.
3. Pilih akaun yang sesuai dengan keperluan perniagaan anda:
Bagi individu – klik pilihan ini jika anda seorang penjual individu. Di sini, anda perlu mendaftar dengan menggunakan Kad Pengenalan.
Pastikan penyata akaun bank anda selari atau sepadan dengan butiran Kad Pengenalan.
Bagi syarikat – klik pilihan ini jika anda seorang penjual di bawah sebuah syarikat. Di sini, anda perlu mendaftar dengan menggunakan sijil SSM.
Pastikan penyata akaun bank anda selari atau sepadan dengan butiran di sijil SSM.
4. Isi alamat emel dan kata laluan. Kemudian, klik ‘Seterusnya’
5. Isi butiran alamat gudang anda. Jika anda tidak mempunyai sebarang gudang, anda boleh mengisi alamat rumah.
6. Klik ID Bank dan muat naik dokumen-dokumen yang diperlukan untuk tujuan pengesahan.
Bagi individu – anda perlu memuat naik gambar Kad Pengenalan dan penyata akaun bank.
Pastikan penyata akaun bank anda selari atau sepadan dengan butiran Kad Pengenalan.
Bagi syarikat – anda perlu memuat naik gambar sijil SSM dan penyata akaun bank.
Pastikan penyata akaun bank anda selari atau sepadan dengan butiran di sijil SSM.
Pasti ada juga yang tertanya-tanya, bolehkah penjual bukan warganegara menjual di Lazada? Jawapannya, iya!
Bagi penjual bukan warganegara Malaysia:
Penjual individu BUKAN warganegara: Anda perlu mendaftar dengan menggunakan passport yang sah dan mempunyai tempoh sah laku tidak kurang dari 6 bulan.
Pastikan penyata akaun bank anda selari atau sepadan dengan butiran passport anda.
Penjual akaun syarikat BUKAN warganegara: Anda perlu mendaftar dengan menggunakan sijil SSM.
Pastikan butiran penyata akaun bank anda juga selari atau sepadan dengan butiran di sijil SSM.
7. LENGKAP! Anda kini sudah boleh mula menjual di Lazada.
Mudah sahaja, bukan? Jom daftar sebagai penjual Lazada hari ini.
Kalau anda malu bertanya mengenai proses membuka akaun di Lazada, anda juga boleh mengemukakan soalan di sini.
Inginkan panduan tentang menjual di eDagang, klik di sini.
Ikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok serta subscribe channel YouTube kami untuk informasi terkini mengenai e-dagang dan pelbagai tips menjadi penjual dalam talian yang berjaya.