Skip to content

5 barangan keperluan fesyen Hari Raya yang wajib ada di stor anda

Share :

Reading time: 3 minutes

Hari Raya ialah hari yang ditunggu-tunggu oleh majoriti rakyat Malaysia, dan sambutan yang diberikan kepada hari yang mulia ini sentiasa meriah dengan pakaian, perabot rumah, dan pinggan mangkuk yang baru. Apabila bercakap tentang fesyen Hari Raya, setiap tahun temanya sentiasa berubah-ubah, tetapi ada beberapa item fesyen yang tidak akan pernah ketinggalan zaman. Jadi pastikan anda sediakan barangan fesyen yang berikut pada musim Hari Raya.

1. Alat solek/mekap

Hari Raya ialah peluang terbesar untuk para wanita Muslim untuk bersiap dan menghias diri. Jadi tidak hairanlah jika ramai wanita membuat keputusan untuk melabur dalam penampilan mereka pada Hari Raya. Barangan alat mekap seperti berus mekap, lipstik, bedak, alat melukis kening, eyeshadow, dan sebagainya tentu lebih laku apabila dijual. Bedak asas atau foundation yang boleh tahan lama juga adalah satu barang yang wajib terutamanya kerana Malaysia ialah sebuah negara yang panas dan ramai wanita mahu solekan mereka kekal cantik lebih lama!

2. Kerongsang wanita dan tudung

Hari Raya tidak sah tanpa kerongsang yang kecil, besar, beruntai, dan bewarna warni. Kebanyakan wanita Muslim yang menyambut Hari Raya ialah wanita bertudung, dan salah satu cara untuk menaikkan seri wajah dan tudung ialah dengan kerongsang berbatu yang laris dijual pada musim raya. Populariti tudung yang berkualiti dan berjenama juga tidak dapat dinafikan lagi terutamanya di hari lebaran. Tudung ialah barangan yang wajib ada di stor anda. Berikan perhatian kepada jenis kain dan saiz tudung yang anda jual.

3. Songkok tradisional atau bercorak

Songkok kini datang dengan pelbagai gaya dan fesyen. Golongan lelaki juga gemar menunjukkan keperibadian mereka dengan gaya songkok mereka yang tersendiri, sama ada yang jenis kosong ataupun yang bercorak. Tengkolok juga boleh menambah variasi kepada gaya fesyen lelaki. Musim Hari Raya ialah satu peluang untuk pelanggan anda menonjolkan diri mereka, jadi tidak salah untuk anda bawa lebih banyak barangan seperti ini ke pasaran!

4. Bahan batik

Berikan peluang kepada masyarakat Muslim yang majoritinya berbangsa Melayu di Malaysia ini untuk menonjolkan budaya mereka. Apa-apa sahaja yang ‘dibatikkan’ sudah tentunya cantik dan menarik, dan tidak pernah ketinggalan zaman. Dari beg atau dompet batik, baju batik, dan kain batik (design duyung, misalnya), kesemuanya pasti dapat menarik minat pelanggan anda pada musim raya.

5. Kasut bertumit tinggi dan wedges

Dengan trend hashtag #ootd dan #teamraya di Instagram pada Hari Raya dan budaya TikTok, pelanggan kini mahu tampil bergaya dengan kasut yang bertumit tinggi, selain wedges yang memudahkan mereka berjalan dan tampil bergaya pada masa yang sama. Pakaian seperti jubah, baju kurung, dan baju kebaya adalah sangat popular pada Hari Raya, dan jenis pakaian seperti ini elok digandingkan dengan kasut yang berumit tinggi supaya pemakai tidak tampak ‘tenggelam’. Pelanggan juga tahu fakta ini!

Jika anda sedang ketandusan idea tentang produk apa yang boleh anda jual di stor e-dagang anda, senarai di atas mungkin boleh membantu anda menjana jualan yang banyak pada musim perayaan yang besar di Malaysia, iaitu Hari Raya.

Sertai kempen fesyen Gayamu, Caramu oleh Lazada dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM60,000, kredit iklan Lazada Sponsored Discovery kesuluruhan bernilai RM3,000 dan banyak lagi!

Nak jadi bos tersendiri? Daftar sebagai penjual Lazada hari ini!

Ikuti kami di FacebookInstagramTikTok serta subscribe channel YouTube kami untuk informasi terkini mengenai e-dagang dan pelbagai tips menjadi penjual dalam talian yang berjaya.

More articles you may like

Do you constantly feel like you want to be your own boss and start a business? The time is NOW!

Want more?

Sell With Lazada answers all your e-commerce how’s, go-to, do’s and don’ts. If you’d like to find out more on how to be an effective seller, follow us on the link below.

Recent Posts

Follow Us

Sell With Lazada answers all your e-commerce how’s, go-to, do’s and don’ts. If you’d like to find out more on how to be an effective seller, follow us on the link below.