Skip to content

5 strategi penggabungan produk fesyen untuk stor anda

Share :

Reading time: 3 minutes

Cara penjual e-dagang mencapai matlamat jualan mereka berbeza-beza. Ada yang lebih suka menumpukan perhatian mereka kepada program kesetiaan pelanggan. Yang lain lebih suka mengembangkan saluran borong B2B. Tapi tahukah anda bahawa satu lagi cara yang hebat untuk membantu penjual mencapai matlamat mereka ialah penggabungan produk. Seperti kebanyakan taktik jualan lain, menggabungkan produk dengan berjaya ada caranya yang tersendiri. Berikut ialah lima strategi yang anda perlu tahu.

  • Penggabungan semata-mata

Penggabungan semata-mata mengandungi item yang dijual secara eksklusif dalam satu gabungan produk. Sebagai contoh, Dyson AirWrap dijual dengan kepala pengering rambut yang boleh ditanggalkan jika hanya dibeli dengan set, atau celak mata yang datang dengan pelbagai warna yang dijual secara dalam set. Anda boleh menjual lebih banyak produk dengan satu belian dengan cara ini.

  • Penggabungan campuran

Gabungan campuran mengandungi item yang dijual secara berasingan. Contoh yang baik ialah kit gincu kosmetik. Kit seperti ini terdiri daripada liner bibir dan gincu, setiap satunya boleh dibeli secara berasingan, tetapi digabungkan bersama untuk kemudahan (dan kerana ia adalah produk yang saling melengkapi).

  • Penggabungan harga

Kadangkala penggabungan produk ditawarkan pada harga diskaun atau dengan penambahan produk, dan kadangkala harga penggabungan produk diberikan sebagai diskaun untuk pembelian yang pelbagai. Penjual memilih beberapa item tertentu yang mesti dibeli bersama untuk mendapatkan diskaun, atau satu pakej ditawarkan sebagai diskaun umum untuk membeli item yang pelbagai. Diskaun ‘beli satu dapat satu’ ialah salah satu contoh penggabungan harga.

Idea di sebalik penggabungan harga ialah untuk mengurangkan “keperitan membayar” (perasaan negatif yang berkaitan dengan berbelanja) pelanggan.

Dengan menawarkan diskaun gabungan atau dengan menambah jumlah produk (seperti item “percuma”), pelanggan merasakan bahawa mereka telah dapat tawaran yang baik, walaupun mereka mungkin telah berbelanja lebih dari yang dirancang.

  • Look atau gaya keseluruhan

Seperti pereka fesyen yang membantu klien melihat rupa keseluruhan mereka apabila pakaian mereka digabungkan dengan beberapa item yang lain, anda boleh memaparkan keseluruhan set produk yang berfungsi bersama dan beri peluang kepada pelanggan anda untuk menggambarkan look tersebut. Baju kurung boleh digandingkan dengan kasut tumit tinggi dan beg tangan yang kecil, misalnya; kesemuanya dipasarkan secara satu set dan dijual serentak.

  • Pelepasan stok

Dalam teknik penggabungan ini, item yang dijual dengan lebih pantas digabungkan dengan item yang tidak bergerak atau kurang laku untuk mengosongkan ruang inventori dan mengurangkan kos penyimpanan stok anda. Pembeli yang berminat dengan item yang paling laris tersebut akan melihat keseluruhan gabungan produk ini sebagai tawaran hebat yang murah dan akan lebih cenderung untuk membelinya.

Taktik penggabungan produk bukan sahaja menguntungkan penjual, malah pembeli juga dapat merasakan faedahnya. Pembeli boleh menjimat masa dengan membeli semua item berkaitan daripada satu jenama. Mereka juga menjimat wang; ianya lebih murah untuk membeli kit produk daripada membeli semua item secara berasingan. Akhirnya, pelanggan dapat menambah baik pengalaman membeli-belah mereka apabila proses membuat keputusan menjadi lebih mudah dengan gabungan produk yang telah dicadangkan.

Sertai kempen fesyen Gayamu, Caramu oleh Lazada dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM60,000, kredit iklan Lazada Sponsored Discovery kesuluruhan bernilai RM3,000 dan banyak lagi!

Nak jadi bos tersendiri? Daftar sebagai penjual Lazada hari ini!

Ikuti kami di FacebookInstagramTikTok serta subscribe channel YouTube kami untuk informasi terkini mengenai e-dagang dan pelbagai tips menjadi penjual dalam talian yang berjaya.

More articles you may like

Do you constantly feel like you want to be your own boss and start a business? The time is NOW!

Want more?

Sell With Lazada answers all your e-commerce how’s, go-to, do’s and don’ts. If you’d like to find out more on how to be an effective seller, follow us on the link below.

Recent Posts

Follow Us

Sell With Lazada answers all your e-commerce how’s, go-to, do’s and don’ts. If you’d like to find out more on how to be an effective seller, follow us on the link below.