Satu-satunya sektor yang nampaknya tidak pernah tidak laku ialah pasaran barangan tiruan. Kegilaan untuk memiliki barangan-barangan mewah dengan meniru ciptaan pereka-pereka terkenal dan menjual versi palsu pada harga yang lebih rendah adalah rahsia kejayaan pasaran barangan tiruan. Tambahan pula dengan sifat pasaran Malaysia yang sangat sensitif dengan perbezaan harga dan keadaan ekonomi yang makin gawat yang menyebabkan kenaikan harga barangan, barangan tiruan sudah semestinya menjadi pilihan ramai rakyat tempatan walaupun kebanyakan dari mereka mengetahui kemudaratan produk tiruan kepada kesihatan dan keselamatan.
Berdasarkan satu kajian yang dibuat oleh syarikat UK, Uswitch, melihat jenama paling popular dalam kalangan pengguna adalah barangan tiruan. Ternyata majoriti pembeli tiruan ingin membeli jam tangan “Rolex” pada harga yang rendah. Menurut kajian itu, carian ‘fake Rolex’ dalam talian telah muncul sebanyak 225,000 kali. Penemuan ini konsisten dengan laporan dari 2019 daripada Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) mengenai perdagangan barangan tiruan. Pasaran barangan tiruan ini kini mewakili 3.3% daripada perdagangan dunia dan dikuasai oleh segmen kasut dan pakaian.
Penjualan barangan tiruan bukan sahaja tidak beretika semata-mata, malah produk-produk ini boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna dan memudaratkan kesihatan. CNA Insider melaporkan bahawa penjualan pelitup muka tiruan juga dijual dengan bebasnya di Malaysia ketika pandemik COVID-19 memuncak, merisikokan nyawa pengguna. Hari ini, pemalsuan bukan hanya dibuat untuk meniru jenama mewah; pelbagai rangkaian barangan, dari produk kecantikan — yang boleh mencetuskan alahan kulit dan kerosakan organ — kepada alat ganti kereta versi tiruan juga dijual di pasaran, memberikan implikasi yang buruk kepada keselamatan jalan raya. Bukan setakat itu sahaja, produk makanan juga kini dipalsukan (sama ada dilabel sebagai jenama tertentu yang bukan dibuat oleh pengeluar tersebut, atau lebih teruk lagi, kandungan makanan itu mungkin tidak seperti yang didakwa). Lebih malang lagi, produk ubat-ubatan palsu juga telah dikenalpasti di Malaysia; Panadol tiruan didapati hanya dijual di Malaysia, berdasarkan pengeluar Panadol tulen GlaxoSmithKline.
Usaha melawan pasaran gelap
Berhadapan dengan fenomena pasaran gelap yang berkembang pesat ini, jenama-jenama terkemuka memilih untuk respon dengan pelbagai cara. Beberapa jenama seperti Supreme dan Dior telah memutuskan untuk memparodikan pemalsuan produk mereka dengan menghasilkan produk “palsu” mereka sendiri.
Lazada juga mengambil langkah yang aktif untuk membendung fenomena barangan palsu di platformnya. Baru-baru ini, Lazada melepasi pencapaian lebih sejuta penjual aktif setiap bulan. Selaras dengan peningkatan ini, Lazada telah meningkatkan usaha berkaitan pelaporan pelanggaran hak harta intelek (IPR), mekanisme penyingkiran, dan pembinaan kesedaran IPR dalam kalangan peniaga. Sebagai bukti kepada komitmen ini, Lazada Group telah melancarkan program perintis untuk mengesan dan menyingkirkan barangan tiruan secara proaktif daripada platformnya pada Mac 2020. “Pada 2021, 98 peratus daripada produk yang dialih keluar melalui usaha kami berlaku sebelum jualan berlaku,” kata Cik Joyce Ang, naib presiden kanan untuk perlindungan harta intelek di Lazada Group.
Perlancaran LazMall pada tahun 2018 juga merupakan satu usaha untuk membina keyakinan pengguna bahawa produk yang dijual di Lazada di saluran tersebut adalah dijamin 100% tulen. Usaha kolektif Lazada dan rakan-rakan kongsinya di LazMall adalah sangat penting untuk membendung pasaran barangan tiruan yang bukan sahaja memudaratkan kesihatan dan kesejahteraan rakyat, tetapi juga mengeksploitasi kerja pereka, pengeluar, dan peniaga produk tulen, dan merugikan ekonomi negara dengan pasaran gelap.
Dapatkan tips-tips terhangat untuk membantu meningkatkan bisnes fesyen anda di sini! Sertai kempen fesyen Gayamu, Caramu oleh Lazada dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM60,000, kredit iklan Lazada Sponsored Discovery kesuluruhan bernilai RM3,000 dan banyak lagi!
Nak jadi bos tersendiri? Daftar sebagai penjual Lazada hari ini!
Ikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok serta subscribe channel YouTube kami untuk informasi terkini mengenai e-dagang dan pelbagai tips menjadi penjual dalam talian yang berjaya.