Skip to content

Cara menarik perhatian pembeli

Share :

Reading time: 3 minutes

Pasaran e-dagang yang padat seperti Lazada tidak seharusnya membuatkan anda patah semangat sebagai penjual, kerana terdapat banyak strategi pasaran e-dagang yang boleh anda laksanakan untuk menonjol dan bersaing dalam niche anda. Percayalah!

Gunakan sebaik-baiknya SEO

SEO di pasaran dalam talian seperti Lazada akan mencadangkan produk yang kemungkinan besar akan dibeli oleh pelanggan. Enjin carian pasaran akan mencari kata kunci yang hampir sepadan dengan pertanyaan carian, jadi anda sebagai penjual harus tahu bagaimana kata kunci berfungsi. Sebagai contoh, pelanggan yang ingin membeli bekas menyimpan alat solek akan mungkin menggunakan frasa seperti “bekas makeup” atau “bekas mekap” di enjin carian.

Labur dalam iklan berbayar

Mendedahkan produk anda kepada orang ramai akan membantu membina trafik – faktor yang sangat penting jika anda ingin menarik perhatian pembeli dalam industri yang sesak dengan penjual-penjual yang lain. Pembeli lebih suka membeli secara dalam talian kerana ianya sangat mudah. Dan seperti yang kita semua tahu, mencari produk yang sesuai di pasaran e-dagang boleh memakan banyak masa kerana terdapat begitu banyak pilihan yang tersedia. Iklan berbayar anda akan membantu pembeli menjumpai produk yang mereka perlukan dengan cepat, jadi gunakannya secara bijak! Di Lazada, iklan berbayar yang tersedia ialah ‘Sponsored Search’, di mana produk anda akan dicadangkan di enjin carian apabila pembeli mencari produk yang berkaitan.

Fokus untuk tingkatkan kadar pembelian

Cara yang paling mudah ialah dengan mengubah kandungan atau imej yang anda gunakan di dalam listing anda kerana ini sebenarnya boleh memberi kesan yang ketara kepada cara pembeli respon kepada listing anda. Bayangkan jika anda terjumpa listing yang mempunyai beberapa imej berkualiti rendah dan penerangan yang tidak jelas. Adakah anda akan membeli produk tersebut? Semestinya tidak.

Gunakan tajuk yang jelas untuk listing anda

Tajuk produk yang anda guna untuk menyenaraikan produk anda di platform e-dagang harus menyampaikan dengan jelas apa yang anda jual dan untuk siapa. Tetapi yang paling penting sekali ialah tajuk itu harus membantu produk anda muncul dalam hasil carian berdasarkan kata kunci yang anda guna. Selain itu, tajuk listing juga haruslah relevan kepada produk dan menunjukkan kelebihan produk anda. Pemilihan kata kunci pula sepatutnya cukup untuk menerangkan tentang produk itu. Jangan gunakan kata kunci yang berulang dan terlalu generik. Anda boleh menggunakan format ‘Jenama_Spesifikasi_Jenis_Model_Ciri-ciri’ yang selalunya digunakan di Lazada.

Orang ramai mempunyai tingkah laku dan tabiat membeli yang berbeza, dan pengabaian troli e-dagang tidak dapat dielakkan. Tetapi ini tidak semestinya bermaksud anda harus melepaskan peluang keemasan untuk menjual produk anda di platform e-dagang. Adalah penting untuk anda membina keyakinan, memastikan maklumat produk anda diterangkan dengan teliti dan ringkas, dan menyediakan proses pembayaran dan penghantaran yang mudah dan pantas untuk mengurangkan kadar pengabaian troli.

Untuk maklumat lanjut, daftar sebagai penjual Lazada atau sertailah kempen-kempen tersedia di Lazada pada hari ini.

Ikuti kami di FacebookInstagramTikTok serta subscribe channel YouTube kami untuk informasi terkini mengenai e-dagang dan pelbagai tips menjadi penjual dalam talian yang berjaya.

More articles you may like

Do you constantly feel like you want to be your own boss and start a business? The time is NOW!

Want more?

Sell With Lazada answers all your e-commerce how’s, go-to, do’s and don’ts. If you’d like to find out more on how to be an effective seller, follow us on the link below.

Recent Posts

Follow Us

Sell With Lazada answers all your e-commerce how’s, go-to, do’s and don’ts. If you’d like to find out more on how to be an effective seller, follow us on the link below.