Skip to content

Cara mencipta barisan produk yang berjaya: enam petua

Share :

Reading time: 3 minutes

Anda mungkin fikir bahawa jika anda memberi pelanggan anda lebih banyak pilihan produk, mereka lebih berkemungkinan untuk membeli. Lagi-lagi apabila halaman membeli belah e-dagang yang menawarkan beribu-ribu versi jenis produk yang sama dan ia okay sahaja untuk mereka.

Tetapi realitinya adalah pelanggan boleh terkeliru dengan terlalu banyak pilihan: satu kajian popular mendedahkan bahawa lebih ramai pelanggan membuat pembelian apabila ditawarkan enam perisa jem dan bukannya 24, atau enam jenis coklat berbanding 30.

Lihat enam petua barisan produk di bawah untuk perniagaan yang mampan dan menguntungkan.

1. Produk pelengkap

Memperlengkapkan barisan produk anda bermakna anda membantu pelanggan anda mendapatkan semua yang mereka perlukan daripada objektif membeli-belah mereka. Di sinilah di mana produk pelengkap — produk yang berfungsi dengan baik bersama-sama dan membantu pelanggan mencapai matlamat mereka — menguntungkan.

Untuk penjual kasut, produk pelengkap boleh termasuk produk penjagaan kasut seperti pengilat, berus, dan kain pengelap.

2. Barisan produk yang betul

Anda tidak perlu menjual setiap produk di dalam dunia! Apa yang anda perlukan ialah jumlah kategori dan variasi produk yang betul untuk membuatkan pelanggan berasa gembira setiap kali mereka melawat stor anda.

3. Barisan produk setempat

Strategi ini menyesuaikan campuran produk kedai berdasarkan lokasinya. Stor seperti ini menyesuaikan diri dengan keperluan masyarakat setempat.

Untuk jenama pakaian, produk yang dijual pada musim bunga sudah semestinya berbeza dengan musim sejuk. Di negara yang panas seperti Malaysia, contohnya, menjual baju sejuk tidak masuk akal.

4. Periksa data inventori anda

Data inventori (lihat Lazada Data Insights) mengandungi banyak petunjuk tentang prestasi pelbagai produk yang anda jual setakat ini. Ia membolehkan anda memahami pendekatan yang berbeza untuk pelbagai produk anda, seperti memperdalamkan barisan produk atau menambah lebih banyak kategori produk.

Berikut ialah soalan-soalan yang boleh anda gunakan untuk menganalisa data inventori:

  • Apa kategori produk yang membentuk majoriti jualan anda?
  • Adakah terdapat produk yang jarang dibeli oleh pelanggan?
  • Adakah terdapat produk yang sering ditanya oleh pelanggan semasa kehabisan stok?
  • Apa kategori produk yang kerap mempunyai terlalu banyak stok?

5. Semak data pelanggan

Data tentang pelanggan penting untuk memutuskan sebab sesuatu produk diterima dengan baik atau tidak diterima dengan baik oleh pelanggan.

Semua yang anda perlukan harus ada dalam data ini, termasuk kekerapan pembelian pelanggan, produk tertentu yang telah mereka beli, dan produk yang selalu dibeli bersama.

6. Ambil kira musim perayaan

Cuti, acara, dan perubahan cuaca memberi kesan drastik kepada keperluan pelanggan. Inilah sebabnya penting untuk memastikan barisan produk anda fleksibel, dan stor anda menyesuaikan diri dengan perubahan musim.

Sebagai contoh, sepanjang tahun, stor yang menjual barangan hiasan rumah akan mempunyai kategori produk yang serupa, seperti untuk ruang tamu, bilik tidur, dapur, pejabat rumah, bilik mandi, ruang makan, dan kawasan luar. Tetapi di hujung tahun, pelbagai produk yang berkaitan dengan hari raya Krismas dijual seperti pokok Krismas, topi Santa Klaus, lampu perayaan, dan sebagainya. Anda juga harus pandai meneliti musim perkahwinan, cuti sekolah, hari merdeka, dan macam-macam lagi.

Jika anda mempunyai rangkaian produk yang terlalu luas, stor anda berisiko untuk berakhir dengan stok yang sukar dijual. Tetapi jika anda hanya menjual rangkaian produk yang kecil pula, bakal pelanggan mungkin meninggalkan stor anda kerana mereka tidak dapat membeli semua yang mereka perlukan sekaligus—dan akhirnya membeli dari pesaing anda.

Barisan produk yang dicipta dengan sengaja dan efektif membolehkan anda meminimumkan kerugian dan memuaskan hati pelanggan.

Sertai kempen fesyen Gayamu, Caramu oleh Lazada dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM60,000, kredit iklan Lazada Sponsored Discovery kesuluruhan bernilai RM3,000 dan banyak lagi!

Nak jadi bos tersendiri? Daftar sebagai penjual Lazada hari ini!

Ikuti kami di FacebookInstagramTikTok serta subscribe channel YouTube kami untuk informasi terkini mengenai e-dagang dan pelbagai tips menjadi penjual dalam talian yang berjaya.

More articles you may like

Do you constantly feel like you want to be your own boss and start a business? The time is NOW!

Want more?

Sell With Lazada answers all your e-commerce how’s, go-to, do’s and don’ts. If you’d like to find out more on how to be an effective seller, follow us on the link below.

Recent Posts

Follow Us

Sell With Lazada answers all your e-commerce how’s, go-to, do’s and don’ts. If you’d like to find out more on how to be an effective seller, follow us on the link below.