Skip to content

Fesyen raya terhangat 2023 yang wajib ada di stor anda

Share :

Reading time: 3 minutes

Hari raya bakal menjelma dalam beberapa bulan lagi dan 2023 bukanlah tahun yang biasa untuk hari raya kali ini. Pelbagai rintangan telah dihadapi oleh masyarakat Muslim di seluruh dunia akibat dari perintah berkurung gara-gara pandemik COVID-19. Sambutan hari raya tahun ini pastinya sedikit berbeza, dan fesyen raya juga mungkin agak berbeza dari tahun-tahun yang lepas. Di sini kami senaraikan beberapa item fesyen yang terhangat yang anda boleh sediakan di stor anda untuk hari raya.

  • Pelitup muka raya: Apabila pelitup muka telah menjadi kebiasaan pada zaman COVID-19, ramai wanita dan bahkan juga lelaki yang ingin menjadikan item ini sebagai satu kenyataan fesyen. Mereka lebih gemar memakai pelitup muka yang ceria, bercorak, berkilauan, atau bermanik daripada pelitup muka biasa yang kosong dan pudar warnanya. Pelitup muka berfesyen juga popular di kalangan selebriti Melayu seperti Azwan Ali. Pasaraya juga telah mula menjual pelitup muka yang bertemakan hari raya sejak tahun lepas.
  • Baju raya dengan warna trend 2023: lima warna telah dinobatkan sebagai ‘bakal popular’ pada tahun 2023: digital lavender (warna ungu lembut), sundial (oren keemasan), luscious red (merah menggoda), tranquil blue (biru tenang), dan verdigiris (hijau daun pokok). Tahun ini mungkin tahun yang baik untuk anda ‘mainkan’ kesemua warna ini dalam pakaian yang anda jual di stor anda!
  • Beg tangan yang selesa dan besar: Beg tangan yang besar dan mempunyai ruang yang lebih mungkin menjadi item yang penting untuk raya tahun ini. Ramai yang akan balik ke kampung dan barangan yang kini telah menjadi keperluan harian seperti pembersih tangan (sanitiser) dan pelitup muka memerlukan tempat untuk distor. Selain dari fungsinya, pengguna juga mungkin mahu memiliki beg yang senang digayakan dengan mana-mana baju dan selesa.
  • Baju kurung kebaya dan lace (renda) kurung: Baju kurung kebaya sudah pun menjadi popular semenjak beberapa tahun yang lepas. Ianya tampak sama sahaja seperti baju kurung moden dengan baju yang singkat dan kain labuh. Baju ini selesa dipakai dan memudahkan pergerakan dengan bajunya yang singkat. Wanita juga tampil anggun dan ayu apabila menggayakannya. Baju kurung berenda atau lace kurung juga tidak pernah tidak menjadi kesukaan masyarakat Muslim di Malaysia. Renda menaikkan lagi seri baju kurung dan memberikan imej yang mewah kepada pemakai. Renda ini selalunya ditambah di bahagian bawah baju kurung dan lengan, atau di bahagian tengah badan dengan pelbagai fesyen yang menarik.
  • Baju flowy: Baju flowy atau kembang amat popular dalam trend fesyen Muslimah, bukan hanya di Malaysia tetapi di seluruh dunia. Ia memberikan aura yang ceria dan ala-ala princess, terutamanya di hari raya. Jubah yang kembang juga mengikuti gaya ini, di mana baju yang flowy dan sedikit besar boleh membuatkan pemakai tampak lebih kurus dan anggun. Fesyen jenis ini sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan sempurna di hari lebaran tanpa sebarang cacat cela.

Bantu pelanggan anda bergaya sakan pada hari raya tahun ini dengan barang-barangan terhangat 2023 yang disenaraikan di atas!

Sertai kempen fesyen Gayamu, Caramu oleh Lazada dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM60,000, kredit iklan Lazada Sponsored Discovery kesuluruhan bernilai RM3,000 dan banyak lagi!

Nak jadi bos tersendiri? Daftar sebagai penjual Lazada hari ini!

Ikuti kami di FacebookInstagramTikTok serta subscribe channel YouTube kami untuk informasi terkini mengenai e-dagang dan pelbagai tips menjadi penjual dalam talian yang berjaya.

More articles you may like

Do you constantly feel like you want to be your own boss and start a business? The time is NOW!

Want more?

Sell With Lazada answers all your e-commerce how’s, go-to, do’s and don’ts. If you’d like to find out more on how to be an effective seller, follow us on the link below.

Recent Posts

Follow Us

Sell With Lazada answers all your e-commerce how’s, go-to, do’s and don’ts. If you’d like to find out more on how to be an effective seller, follow us on the link below.