Skip to content

Gandakan keuntungan anda dengan menggunakan Kempen Mega Lazada

Share :

Reading time: 3 minutes

Pilih dan jual produk yang betul

Menghasilkan idea produk bukanlah satu perkara yang mudah, tetapi salah satu cara untuk memilih produk untuk dijual ialah dengan mencari niche atau cara untuk menangani sesuatu keperluan. Jika anda mempunyai hobi tertentu atau minat dalam industri tertentu, ini boleh menjadi cara yang terbaik untuk anda mula.

Setelah anda sudah mengenal pasti produk yang selaras dengan jenama atau perniagaan anda, langkah seterusnya ialah untuk anda memikirkan cara untuk memuat naik produk di stor e-dagang anda. Anda boleh memilih di antara dua cara untuk memuat naik produk anda: sama ada dengan muat naik satu produk sahaja atau muat naik secara pukal mengikut bilangan produk yang anda miliki. Klik di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang muat naik produk dengan Lazada.

Pastikan penyenaraian produk anda nampak professional

Apabila bakal pelanggan menyemak imbas produk anda, mereka mungkin mempunyai beberapa pertanyaan tentang produk tersebut. Penerangan produk dapat meningkatkan pengalaman positif pelanggan dengan menjadikan stor anda kelihatan profesional, memberikan pelanggan idea yang jelas tentang produk anda, dan akhirnya membantu anda menjual produk anda.

Pastikan anda menyediakan semua kandungan produk semasa memuat naik senarai produk anda. Kami mengesyorkan anda menggunakan sekurang-kurangnya tiga imej produk utama untuk setiap penyenaraian, disertakan dengan penerangan produk sekurang-kurangnya 50 perkataan dan satu imej penerangan produk. Lazada juga dapat membantu anda membina penerangan produk yang kemas dan teratur dengan Lorikeet.

Kekalkan penilaian penjual/seller rating yang tinggi

Jika sebilangan besar pembeli memberikan penilaian yang rendah kepada anda, atau kadar barang yang dipulangkan adalah tinggi kerana produk anda “tidak seperti yang diterangkan”, anda akan terasa kesan daripada pengalaman pelanggan yang kurang memuaskan yang akan seterusnya menurunkan trafik ke stor anda. Apabila penilaian jualan positif anda ialah kurang dari 70%, stor anda juga tidak lagi layak untuk menyertai kempen Lazada seperti Lazada Preferred Seller Program, Flash Sales, Mega Campaigns, dan lain-lain lagi.

Sertai kempen Lazada seperti Mega Campaigns

Terdapat pelbagai kempen promosi di Lazada sepanjang tahun, contohnya pada musim cuti atau kempen pertengahan tahun atau akhir tahun. Kempen-kempen ini dipaparkan dengan jelas di laman web dan aplikasi Lazada. Anda boleh mencalonkan produk anda untuk menjadi sebahagian daripada kempen ini — rebutlah peluang hebat ini untuk meningkatkan pendedahan dan jualan untuk stor anda.

Kempen-kempen Lazada boleh dilihat di Seller Center di bawah Campaigns.

Kelebihan menyertai kempen-kempen Lazada:

  1. Lebih ramai orang yang mengunjungi Lazada, lebih banyak trafik yang akan terdorong ke stor anda.
  2. Trafik yang tinggi ke stor anda bermaksud lebih banyak jualan yang dapat dibuat.
  3. Anda dapat mengekalkan penilaian positif produk dan stor anda.
  4. Anda dapat menikmati kesetiaan pelanggan dan membina keyakinan mereka dengan khidmat pelanggan dan servis yang cemerlang melalui penyertaan anda.
Sertailah kempen-kempen tersedia di Lazada pada hari ini. Adakah anda berminat untuk menjadi seorang penjual Lazada? Daftar di sini sekarang.
 
Ikuti kami di FacebookInstagramTikTok serta subscribe channel YouTube kami untuk informasi terkini mengenai e-dagang dan pelbagai tips menjadi penjual dalam talian yang berjaya.

More articles you may like

Do you constantly feel like you want to be your own boss and start a business? The time is NOW!

Want more?

Sell With Lazada answers all your e-commerce how’s, go-to, do’s and don’ts. If you’d like to find out more on how to be an effective seller, follow us on the link below.

Recent Posts

Follow Us

Sell With Lazada answers all your e-commerce how’s, go-to, do’s and don’ts. If you’d like to find out more on how to be an effective seller, follow us on the link below.