Skip to content

Kepentingan kempen promosi kepada penjual e-dagang

Share :

Reading time: 3 minutes

Mitos yang biasa didengari tentang promosi jualan ialah anda perlu menawarkan diskaun atau insentif yang besar untuk menaikkan jumlah jualan. Walaupun insentif yang lebih besar mungkin lebih menarik, insentif yang kecil juga masih boleh memberi kesan positif pada jualan dan anda tidak perlu mengurangkan keuntungan anda secara drastik.

Membantu anda membina strategi jualan yang baik

Jalankan promosi kempen jualan pada musim perayaan atau hari-hari yang penting. Fikirkan Hari Valentine, Halloween, dan Hari Ibu. Dengan menjalankan promosi sekitar tarikh dan cuti penting, anda boleh membuat lebih banyak jualan. Tetapi, ingat, jika anda adakan kempen promosi pada tarikh kreatif yang lain di luar musim cuti yang penting, anda akan dapat memenangi lebih banyak pelanggan kerana persaingan yang kurang.

Mendorong lebih banyak trafik ke stor anda

Kempen promosi adalah satu cara yang berkesan untuk menarik trafik ke stor e-dagang anda. Promosi dengan mesej seperti “Selamat datang ke stor kami! Dapatkan diskaun 10% untuk pembelian pertama anda. Masukkan e-mel anda untuk menerima kod diskaun kami” akan membolehkan anda memantapkan lagi jumlah jualan stor anda.

Membina hubungan perniagaan yang baik dengan pelanggan

Cuba bayangkan jika anda mempunyai stor fizikal dan bukan e-dagang, sudah semestinya anda akan mengalu-alukan kedatangan pelanggan ke kedai anda, mungkin dengan cara memberitahu mereka tentang promosi jualan yang sedang berlaku atau memberi maklumat tentang produk anda kepada mereka. Sama jugalah dengan kempen promosi e-dagang. Ianya ialah satu peluang untuk anda mendekati pelanggan anda. Anda boleh lakukan ini dengan ‘popup’ untuk menarik perhatian pelanggan. Taktik yang anda boleh gunakan ialah memberi diskaun, hadiah percuma, dan penghantaran percuma, atau inisiatif ‘beli satu percuma satu’.

Bagaimana anda boleh membina kempen promosi yang efektif?

  1. Tentukan objektif anda: meningkatkan jualan, membina kesetiaan pelanggan, menghabiskan stok lama, mengembangkan perniagaan anda, dan lain-lain lagi.
  2. Sebaik sahaja anda mempunyai objektif anda, anda perlu memikirkan pula bagaimana anda akan memanfaatkan data yang datang daripada saluran komunikasi (stor e-dagang, laman web, dan media sosial) anda daripada kempen promosi yang anda akan adakan nanti. Anda boleh melihat minat pelanggan dan khalayak sasaran anda dan gunakan data ini untuk memantapkan strategi jualan anda.
  3. Kukuhkan kempen promosi e-dagang dan komunikasi anda. Produk manakah yang pelanggan beli berulang kali yang boleh anda gunakan dalam kempen promosi? Produk manakah pula yang dibeli oleh pelanggan anda yang paling setia dan kenapa? Ingat, pelanggan yang pernah membeli sekali dari stor anda sebelum ini lebih berkemungkinan untuk berbuat demikian lagi berbanding dengan pelanggan yang baru, jadi promosikanlah produk yang betul.
  4. Letakkan bajet yang tertentu untuk kempen promosi anda. Dengan menggunakan teknik promosi yang betul, anda seharusnya mengaut lebih banyak keuntungan dan bukannya kehilangan hasil. Malah, diskaun boleh menggalakkan pelanggan untuk berbelanja lebih, terutamanya untuk produk yang berharga premium.
  5. Ukur keberkesanan kempen promosi e-dagang anda. Anda boleh lakukan ini dengan menggunakan teknologi yang sedia ada di Lazada Data Insights yang akan memaklumkan anda tentang jumlah jualan dan statistik-statistik berkaitan yang lain.

Adakah anda berminat menjadi seorang penjual Lazada? Daftar di sini sekarang.

Ikuti kami di FacebookInstagramTikTok serta subscribe channel YouTube kami untuk informasi terkini mengenai e-dagang dan pelbagai tips menjadi penjual dalam talian yang berjaya.

More articles you may like

Do you constantly feel like you want to be your own boss and start a business? The time is NOW!

Want more?

Sell With Lazada answers all your e-commerce how’s, go-to, do’s and don’ts. If you’d like to find out more on how to be an effective seller, follow us on the link below.

Recent Posts

Follow Us

Sell With Lazada answers all your e-commerce how’s, go-to, do’s and don’ts. If you’d like to find out more on how to be an effective seller, follow us on the link below.