Skip to content

Lazada University: Belajar menjadi peniaga e-dagang kini mudah

Share :

Reading time: 4 minutes

Menubuhkan stor e-dagang adalah satu perkara yang menakutkan jika dilakukan secara bersendirian. Bayangkan anda perlu membangunkan tapak web sendiri dari awal, bekerjasama dengan pembangun untuk memastikan kaedah pembayaran yang selamat dan penyenaraian dilakukan dengan betul.
Nasib baik kerja-kerja ini telahpun dilakukan bagi pihak anda jika anda memilih platform e-dagang yang mantap.

Lazada University menyediakan kursus e-dagang yang mencukupi dan merupakan sumber dalam talian untuk komuniti penjual meningkatkan pengetahuan mereka tentang perniagaan e-dagang. Bukan itu sahaja, jurulatih di Lazada University ialah penjual sendiri yang telah mempelajari selok-belok e-dagang dan ingin berkongsi pengetahuan mereka dengan penjual baru.

Berikut ialah beberapa cara Lazada University boleh membantu anda, tidak kira di peringkat mana pun perjalanan jualan e-dagang anda.

Membimbing penjual tentang perniagaan

Sebagai penjual baru, cara terbaik untuk mengenalpasti kelebihan anda ialah dengan menyertai program onboarding untuk penjual baru. Melalui program ini, penjual akan diberikan sasaran, dan petua dan teknik untuk memulakan perniagaan di platform e-dagang. Penjual juga akan menerima akses kepada latihan yang akan mengajar mereka cara menggunakan alatan di Seller Centre dengan berkesan, dan banyak lagi.

Topik-topik yang akan diajar termasuklah Perjanjian Pasaran, Pusat Pertumbuhan, serta liputan mendalam tentang alatan Lazada lain yang telah direka bentuk untuk membimbing dan menyokong pertumbuhan penjual baru untuk memulakan perniagaan mereka.

Kursus dalam talian percuma

Pembelajaran ialah proses yang berterusan, dan dengan sifat e-dagang dan perniagaan yang sentiasa berkembang, Lazada tahu betapa pentingnya untuk melengkapkan komuniti penjualnya dengan pengetahuan terkini tentang arah aliran pasaran dan tingkah laku pengguna dan teknik e-dagang yang terbaik.

Kursus dalam talian mengenai topik-topik seperti bagaimana rumah dan produk akan berubah pada masa depan, cara menambah baik isi kandungan mengenai produk di stor, menetapkan harga dan promosi yang sesuai untuk situasi krisis, dan cara wanita dan e-dagang di Asia Tenggara memacu pasaran hanyalah sebahagian daripada ilmu-ilmu perniagaan yang berharga yang anda boleh dapatkan di Lazada University. Yang paling best-nya, semua kursus ini percuma!

LiveStream untuk belajar secara langsung

Jika anda jenis yang lebih suka belajar dengan kehadiran seorang guru, Lazada University juga menyediakan komunitinya dengan sesi latihan LiveStream dan sesi soal jawab yang memberi peluang untuk penjual belajar dan berinteraksi dengan jurulatih dan pasukan Lazada.

Dengan ciri-ciri menarik seperti sembang secara langsung, bahan pembelajaran kendiri, dan sesi maklum balas, penjual berpeluang untuk bertanya dan menjawab pertanyaan oleh pakar dan jurulatih secara langsung. Mereka yang memerlukan jawapan secepat mungkin mesti suka dengan ciri LiveStream ini! Penjual juga berpeluang untuk mendalami dasar Lazada tentang hak harta intelek dan cara menjalankan strim langsung sendiri.

Belajar dari Masterclass

Keindahan e-dagang terletak pada kebebasan penjual untuk mengukir jalan mereka sendiri untuk berjaya. Sama ada anda ingin menjual aksesori buatan tangan yang dihasilkan daripada sabut kelapa yang mampan atau pakaian fesyen terkini, segala-galanya terserah kepada anda.

Tetapi untuk mencapai kemuncak jualan yang lebih besar dan penjenamaan yang lebih kukuh, ada banyak perkara yang perlu dipelajari. Di sinilah rangkaian Masterclass oleh Lazada University boleh membantu penjual mencapai matlamat mereka. Dihoskan oleh penceramah panel dan pakar industri yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang mereka, kursus ini direka secara eksklusif dengan mengambil kira penjual Lazada.

Ramai penjual berjaya yang telah menjadi jurulatih Lazada (atau Laz Stars) suatu ketika dahulu juga penjual yang baru bermula dengan impian yang sangat simple — iaitu menjadikan kehidupan mereka lebih baik. Jika langkah pertama anda ke dalam alam e-dagang bermula dengan Lazada, maka Lazada University pastinya akan menjadi sumber yang berharga untuk anda.

Untuk belajar di Lazada University, hanya daftar sebagai penjual dan mulakan perjalanan anda dalam pendidikan e-dagang. Lawati halaman Lazada University Malaysia di sini.

Ikuti kami di FacebookInstagramTikTok serta subscribe channel YouTube kami untuk informasi terkini mengenai e-dagang dan pelbagai tips menjadi penjual dalam talian yang berjaya.

More articles you may like

Do you constantly feel like you want to be your own boss and start a business? The time is NOW!

Want more?

Sell With Lazada answers all your e-commerce how’s, go-to, do’s and don’ts. If you’d like to find out more on how to be an effective seller, follow us on the link below.

Recent Posts

Follow Us

Sell With Lazada answers all your e-commerce how’s, go-to, do’s and don’ts. If you’d like to find out more on how to be an effective seller, follow us on the link below.