Skip to content

Memulakan empayar beg tangan anda

Share :

Reading time: 4 minutes

Industri beg tangan adalah salah satu industri fesyen yang tidak mungkin pupus dalam masa terdekat; beg tangan terbukti menjadi keperluan untuk aktiviti harian dan majlis yang grand. Bagi mereka yang berharap untuk memasuki industri ini dan mereka bentuk beg tangan yang bergaya, teruskan membaca.

Jenama mewah seperti Gucci, Prada, Armani, dan Versace terkenal dengan pengeluaran produk mereka di Itali, ibu kota fesyen dunia. Jenama-jenama ini mengeluarkan trend baru setiap musim sambil kekal unik dan selaras dengan imej jenama mereka. Sebagai pereka yang baru muncul, anda harus mengikuti aliran masa lalu dan semasa untuk mencari inspirasi.

Trend beg tangan mempunyai perbezaan yang ketara mengikut pasaran sasaran anda. Sebelum anda mula mereka bentuk beg tangan, tentukan pasaran sasaran anda dan selidik tingkah laku pengguna, titik harga, dan evolusi gaya mereka. Terdapat banyak gaya beg tangan yang berbeza, termasuk tote, beg galas, dan beg messenger (seperti beg silang) serta pelbagai bahan untuk digunakan untuk membuat beg. Gunakan penyelidikan anda untuk menentukan warna, fabrik, reka bentuk, dan hiasan yang menarik minat pasaran anda.

1. Identiti jenama anda

Fokus kepada satu atau dua jenis gaya beg tangan dan kembangkan rangkaian anda dari semasa ke semasa. Anda akan mempunyai lebih banyak masa untuk menilai gelagat pengguna dan menumpukan perhatian anda untuk menjadikan rangkaian anda berkualiti tinggi, mewah, dan mampan. Setiap jenama mewah yang disebut di atas telah berjaya mencipta identiti jenama mereka sendiri yang unik dan mewah.

Aksesori-aksesori mewah ini dibuat dari bahan mentah berkualiti dan merupakan buatan tangan oleh tukang mahir di Itali. Pengapit yang kuat, butang dan fabrik yang tahan lasak, dan jahitan yang kukuh menunjukkan bahawa pengguna menghargai kualiti dan kelasakan berbanding harga murah. Jenama beg tangan mewah juga mengutamakan hubungan yang kukuh dengan pelanggan mereka — barisan fesyen pantas tidak mampu untuk memenuhi faktor ini.

2. Reka bentuk

Sebaik sahaja anda telah membuat prototaip reka bentuk beg tangan anda, anda harus mencipta pek teknologi untuk pengilang anda. Pembuatan beg tangan mewah memerlukan kerja tukang mahir dan berpengalaman, jadi pastikan anda memberi pengilang anda masa yang cukup untuk membuat sampel beg anda. Terangkan kepada pengilang anda tentang butiran beg anda seperti jenis bahan, berat, kelasakan, butang, zip, poket, dan sebagainya.

3. Pasarkan beg anda

Pemasaran visual amatlah penting untuk menarik perhatian khalayak ramai kepada beg anda. Sesi penggambaran bersama model atau influencer yang popular akan membantu perniagaan anda ke arah empayar yang berjaya. Di mana target audience anda bertapak? Mulakan di situ. Instagram atau Facebook, pameran perdagangan, dari mulut ke mulut, atau akhbar dan majalah.

Kenali Kate Spade

Pada tahun 1993, Kata Spade dan suaminya Andy Spade memulakan perniagaan beg tangan. Kate pada mulanya hanya menggunakan kertas dan Scoth tape untuk membuat rekaan beg tangannya dan beliau juga tidak mempunyai apa-apa pengalaman atau latar belakang dalam bidang fesyen atau reka bentuk. Beliau dulu hanyalah seorang editor untuk sebuah majalah fesyen. Siapa sangka, rekaannya begitu dikagumi dan menarik perhatian kedai serbaneka Barneys dan Fred Segal. Beg tangannya kemudian dijual di beberapa stor di Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, pasangan Spade itu tidak menjana keuntungan dari jualan tersebut. Selepas tiga tahun, Kate Spade mula menjana keuntungan. Jenama itu juga mendapat pengiktirafan dari jenama-jenama besar seperti DKNY dan Ralph Lauren, sehinggalah menjadi satu empayar beg tangan yang dikenali di seluruh dunia. Beg tangan rekaan Kate merupakan satu perubahan gaya yang besar dalam industri beg tangan yang ‘bosan’ dan konservatif di negara itu pada masa dulu.

Banyak yang kita boleh pelajari dari jenama Kate Spade yang bermula kecil-kecilan dan akhirnya berjaya menjadi sebuah empayar antarabangsa yang dihormati. Kate Spade dan suaminya berhempas pulas untuk memastikan kualiti dan keunikan beg tangan mereka menarik perhatian rakyat Amerika Syarikat. Jika mereka boleh, anda juga pasti boleh!

Sertai kempen fesyen Gayamu, Caramu oleh Lazada dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM60,000, kredit iklan Lazada Sponsored Discovery kesuluruhan bernilai RM3,000 dan banyak lagi!

Nak jadi bos tersendiri? Daftar sebagai penjual Lazada hari ini!

Ikuti kami di FacebookInstagramTikTok serta subscribe channel YouTube kami untuk informasi terkini mengenai e-dagang dan pelbagai tips menjadi penjual dalam talian yang berjaya.

More articles you may like

Do you constantly feel like you want to be your own boss and start a business? The time is NOW!

Want more?

Sell With Lazada answers all your e-commerce how’s, go-to, do’s and don’ts. If you’d like to find out more on how to be an effective seller, follow us on the link below.

Recent Posts

Follow Us

Sell With Lazada answers all your e-commerce how’s, go-to, do’s and don’ts. If you’d like to find out more on how to be an effective seller, follow us on the link below.