Pelanggan yang singgah di halaman stor anda mencari produk yang betul-betul sesuai dengan keperluan mereka. Penerangan produk yang menarik penting supaya pelanggan anda merasa seperti produk anda betul-betul dibuat untuk memenuhi keperluan dan kehendak mereka.
Sudah tiba masanya anda belajar beberapa taktik tentang penerangan dan maklumat pengukuran produk fesyen.
1. Ceritakan tentang produk anda – Sentuhan peribadi sentiasa mampu untuk menarik perhatian pelanggan. Bermain dengan kata-kata dapat mencipta keinginan untuk pelanggan anda membeli. Tulis tentang produk anda seolah-olah anda sedang bercakap secara terus dengan pembeli. Ciri-ciri produk, jenis bahan, dan saiz – kesemuanya harus diliputi secara terperinci tetapi dalam format yang memukau. Padat dan lengkap.
Tetapi ingat: Penulisan anda haruslah disasarkan kepada pelanggan ideal anda. Jika anda menjual barangan yang berkaitan dengan melancong, anda harus tahu gaya bercakap dengan pelancong.
2. Elakkan jargon – Anda mungkin telah berada dalam industri fesyen selama bertahun-tahun dan tahu banyak perkara tentang lingo fesyen, tetapi rata-rata pembeli mungkin tidak. Jangan gunakan perkataan yang hanya anda boleh fahami, dan pastikan tajuk produk juga ringkas.
3. Jaga nada anda – Nada anda mesti selaras dengan keperibadian jenama anda. Jika anda seorang penjual sut mewah dan pakaian pejabat, elakkan perkataan yang terlalu ‘trendy’ dan guna perkataan yang lebih sesuai seperti “klasik” dan “halus”.
4. Jadi lebih kreatif – Elakkan dari memuji produk anda sendiri. Pelanggan anda akan menilai produk anda sendiri. Sebaliknya, guna perkataan deskriptif yang memberi butiran yang membina kepada penerangan produk seperti “elegan” atau “tahan lama”, bergantung kepada jenis produk yang anda jual.
5. Fikirkan tentang faedah memiliki produk anda – Butiran teknikal memang penting, tetapi spesifikasi produk semata mata tidak mendorong jualan – senaraikan manfaat produk anda. Pelanggan ingin tahu perasaan mereka terhadap sesuatu produk dan bagaimana orang lain akan melihat mereka apabila mereka memakainya.
6. Pastikan penerangan produk anda mesra imbasan – Pembeli tidak akan membaca karangan yang berjela-jela. Mereka hanya akan mengimbas, dan jika penerangan anda efektif, mereka akan berhenti dan membaca keseluruhan penerangan produk anda. Untuk menulis penerangan produk yang mesra imbasan, anda harus:
- Gunakan nama produk yang ringkas, menarik, dan mudah difahami
- Gunakan titik tumpu (bullet point) untuk spesifikasi teknikal
- Pastikan banyak ruang putih dalam perenggan
- Gunakan saiz tulisan (font) yang mudah dibaca
- Tulis dua baris deskriptif untuk menarik minat pembaca
7. Jawab soalan yang berpotensi untuk ditanya oleh pelanggan – Fikirkan tentang sebarang soalan yang mungkin ditanya oleh pelanggan anda yang tidak semestinya dijawab oleh imej produk yang anda sediakan. Contoh: “Adakah beg tangan itu mempunyai poket di dalam untuk saya simpan telefon saya?” dan “Bagaimana saya akan pakai dan tanggalkan baju yang ketat itu?”.
Di kedai fizikal, anda akan cuba berhubung dengan setiap orang yang masuk dengan harapan mereka menjadi pembeli; strategi yang sama mesti digunakan untuk e-dagang.
Fikirkan tentang bagaimana anda akan memasarkan produk anda di kedai fizikal dan kemudian cuba menyuarakannya dengan tulisan untuk pembaca dalam talian. Sebagai penjual barangan fesyen, pelanggan menganggap anda lebih tahu tentang trend dan gaya, jadi berikan nasihat tentang cara terbaik mereka boleh menggayakan produk anda.
Sertai kempen fesyen Gayamu, Caramu oleh Lazada dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM60,000, kredit iklan Lazada Sponsored Discovery kesuluruhan bernilai RM3,000 dan banyak lagi!
Nak jadi bos tersendiri? Daftar sebagai penjual Lazada hari ini!
Ikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok serta subscribe channel YouTube kami untuk informasi terkini mengenai e-dagang dan pelbagai tips menjadi penjual dalam talian yang berjaya.