Skip to content

Strategi pemasaran perniagaan fesyen muslimah

Share :

Reading time: 3 minutes

Wanita yang mencari pakaian konservatif mempunyai beberapa pilihan dalam senario
e-dagang, terutamanya apabila mencari pakaian muslimah yang mewah dan bergaya. Memandangkan ramai pengguna kini membeli-belah dalam talian, atas sebab-sebab seperti kemudahan, perniagaan fesyen muslimah boleh membuat banyak perkara dalam ruang digital untuk menarik sasaran pasaran ini pada skala yang lebih besar di Malaysia.

Pemasaran di media sosial

Pemasaran di media sosial adalah salah satu strategi pemasaran e-dagang fesyen paling penting yang boleh membantu perniagaan fesyen muslimah memperoleh kesedaran jenama dan menarik minat pelanggan. Strategi pemasaran ini termasuk streaming secara langsung, mesej video, dan iklan sepanduk pada platform media sosial popular. Strategi popular yang lain ialah seperti membayar persona media sosial yang popular dan trendy untuk mempromosikan produk anda. Terlalu ramai sasaran pasaran fesyen muslimah yang mengikuti trend dalam talian.

Berkomunikasi dengan pelanggan setia

Sentiasa berkomunikasi dengan pelanggan setia untuk meningkatkan kesetiaan jenama dan mengekalkan pelanggan. Pelanggan masa kini bukan sahaja mahukan produk tetapi juga pengalaman yang baik apabila mereka membeli-belah dalam talian. Mereka mahu berkomunikasi dengan penjual dan mengharapkan penjual menjawab soalan mereka dalam masa nyata. Komunikasi ini boleh dibuat dalam dengan cara pemasaran merentas saluran, di mana anda boleh berhubung dengan sasaran pemasaran produk anda di semua saluran media.

Berikan sokongan kepada agenda Muslim yang baik dalam penjenamaan

Wanita Islam adalah pengguna yang penting di Malaysia kerana mereka terbuka untuk membeli kebanyakan produk yang termasuk dalam parameter agama mereka. Mereka juga suka dihormati dan menyambut baik agenda jenama yang selaras dengan kepercayaan mereka dan tidak akan teragak-agak untuk menyokong jenama anda. Mereka bersedia melakukan penyelidikan untuk memastikan mereka dihormati dan diwakili dalam semua aspek perniagaan penjual, jadi penjual perlu memastikan mereka memberi sokongan kepada para wanita Muslim dimana ianya diperlukan.

Cipta penjenamaan yang lebih inklusif

Walaupun golongan Muslim di Malaysia terdiri daripada pelbagai kelompok bangsa, mereka masih berkongsi beberapa nilai Islam, tradisi, budaya, dan pengalaman yang sama. Anda boleh menggunakan naratif ini untuk menjenamakan produk anda untuk mencipta emosi kepada jenama anda. Fokus kepada pengalaman kecil yang boleh dikaitkan oleh masyarakat Muslim seperti puasa, solat, atau hijab. Mereka juga ingin dilihat dalam penjenamaan perniagaan anda. Fokus juga kepada kemajmukan masyarakat ini, buatkan mereka berasa rapat dengan jenama anda untuk membina kepercayaan mereka.

Berikan perhatian kepada kepercayaan mereka

Wanita Muslim mahu melihat nilai mereka tercermin dalam rantaian bekalan dan pakaian yang mentafsirkan kesopanan dengan betul. Pakaian muslimah yang labuh tetapi tidak cukup panjang, bahan yang diperbuat daripada fabrik tipis, dan reka pakaian yang ketat adalah antara perkara yang harus dielakkan. Promosikan produk anda dengan menonjolkan kefahaman anda tentang ciri-ciri fesyen muslimah yang betul.

Wanita muslimah kini mengambil berat tentang gaya dan fesyen muslimah mewah tanpa mengorbankan kesopanan. Permintaan industri untuk pakaian fesyen muslimah didorong terutamanya oleh faktor ini. Rebut peluang anda dalam pasaran yang besar ini dan jadi penjual fesyen muslimah yang berjaya.

Sertai kempen fesyen Gayamu, Caramu oleh Lazada dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM60,000, kredit iklan Lazada Sponsored Discovery kesuluruhan bernilai RM3,000 dan banyak lagi!

Nak jadi bos tersendiri? Daftar sebagai penjual Lazada hari ini!

Ikuti kami di FacebookInstagramTikTok serta subscribe channel YouTube kami untuk informasi terkini mengenai e-dagang dan pelbagai tips menjadi penjual dalam talian yang berjaya.

More articles you may like

Do you constantly feel like you want to be your own boss and start a business? The time is NOW!

Want more?

Sell With Lazada answers all your e-commerce how’s, go-to, do’s and don’ts. If you’d like to find out more on how to be an effective seller, follow us on the link below.

Recent Posts

Follow Us

Sell With Lazada answers all your e-commerce how’s, go-to, do’s and don’ts. If you’d like to find out more on how to be an effective seller, follow us on the link below.