Skip to content

Sudahkah stor e-dagang anda membuat persiapan untuk musim perayaan hujung tahun ini?

Share :

Reading time: 3 minutes

Sebagai penjual e-dagang, anda pasti sudah tahu bahawa musim akhir tahun selalunya membawa kepada jualan yang banyak. Satu kajian menunjukkan bahawa minat untuk membeli-belah dalam talian di kalangan pengguna Malaysia selalunya memuncak dalam dua bulan terakhir. Tapi sudahkah anda bersedia untuk menghadapi aliran trafik ke stor anda dan menarik pelanggan yang telah pun bersedia untuk berbelanja? Ikuti tips-tips di bawah untuk mengetahui apa yang patut anda buat untuk stor anda hari ini.

1. Design musim perayaan

Menghias halaman utama stor anda dengan banner percutian sudahpun memadai. Untuk melakukan ini, anda perlu memilih tema percutian yang mesra pengguna dan kemudian menyesuaikannya mengikut rancangan jualan anda. Sebagai contoh, anda boleh mengemaskini stor e-dagang anda dengan menulis ringkasan kisah atau sejarah musim perayaan seperti Krismas atau meletakkan jam untuk countdown kepada perayaan Krismas. Taktik mudah ini akan mempengaruhi psikologi pelanggan dan menjana keinginan mereka untuk membeli secepat mungkin.

2. Promosi hujung tahun

Anda perlu merancang promosi hujung tahun anda terlebih dahulu. Promosi seperti ini akan meningkatkan jualan anda. Selain itu, sesetengah pelanggan mungkin tidak pasti apa yang hendak dibeli, jadi tawaran promosi ini ialah satu pilihan yang baik untuk mereka. Berikut ialah petua-petua yang boleh anda guna:

·       Kad hadiah: Faedah utama kad hadiah ini adalah kad hadiah dapat meningkatkan jualan dan hasil anda. Memandangkan pelanggan boleh membeli produk yang hebat pada nilai yang rendah, kad hadiah merupakan satu rahmat kepada pembeli saat akhir!

·       Produk lebih mahal atau mewah: Musim cuti ialah peluang yang baik untuk anda menjual produk yang lebih premium atau mahal. Ini ialah kerana taktik ini mewujudkan keperluan yang mendesak di kalangan pelanggan untuk mencuba versi yang lebih mahal, premium, atau dinaik-taraf untuk produk pilihan mereka.

·       Set hadiah atau bundle: Gabungkan produk yang serupa atau lengkapkan pelbagai produk yang serupa dalam satu set. Contohnya, anda boleh gabungkan kosmetik dengan warna yang berbeza dalam satu kotak. Set hadiah ini amat berguna untuk mereka yang ingin menghadiahkan sesuatu kepada orang yang tersayang.

3. Lancarkan kempen pemasaran menggunakan emel atau chatbox

Notifikasi e-mel akan memberitahu pelanggan anda tentang pelbagai idea dan tawaran produk anda. Satu lagi tawaran hebat yang boleh anda berikan kepada pelanggan anda ialah kod promosi istimewa, diskaun, dan penghantaran percuma kepada mereka yang sering menyemak e-mel dari anda sahaja. Anda juga boleh menggunakan chatbox Lazada untuk menghantar mesej promosi anda. Cipta satu keperluan yang mendesak dalam kalangan mereka (hadkan tawaran anda untuk masa beberapa hari sahaja, misalnya). Anda juga boleh menggunakan sistem countdown yang dicadangkan diatas untuk memaklumkan tarikh akhir tawaran.

4. Pastikan stok anda mencukupi

Sentiasa semaksenarai produk yang anda simpan untuk stor anda. Pastikan anda mempunyai beberapa produk yang sama dalam stok kerana ramai orang boleh memesan produk yang sama atau anda mungkin harus menggantikan mana-mana produk yang telah dibeli.

Khidmat pelanggan yang baik juga amat penting pada waktu yang sibuk dengan jualan dalam talian seperti di bulan Disember. Pembeli hari ini mahu mendapatkan apa yang mereka perlukan dengan mudah. Ini bermakna laman stor e-dagang anda perlu menyediakan pilihan yang memenuhi keperluan khusus mereka dan laluan yang lancar untuk mereka membuat pembayaran, seperti di Lazada.

Sertai kempen fesyen Gayamu, Caramu oleh Lazada dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM60,000, kredit iklan Lazada Sponsored Discovery kesuluruhan bernilai RM3,000 dan banyak lagi!

Nak jadi bos tersendiri? Daftar sebagai penjual Lazada hari ini!

Ikuti kami di FacebookInstagramTikTok serta subscribe channel YouTube kami untuk informasi terkini mengenai e-dagang dan pelbagai tips menjadi penjual dalam talian yang berjaya.

More articles you may like

Do you constantly feel like you want to be your own boss and start a business? The time is NOW!

Want more?

Sell With Lazada answers all your e-commerce how’s, go-to, do’s and don’ts. If you’d like to find out more on how to be an effective seller, follow us on the link below.

Recent Posts

Follow Us

Sell With Lazada answers all your e-commerce how’s, go-to, do’s and don’ts. If you’d like to find out more on how to be an effective seller, follow us on the link below.