Skip to content

Tips jenamakan stor anda

Share :

Reading time: 3 minutes

Membina jenama bukan sekadar memilih logo atau memilih nama stor yang sempurna. Jenama stor/perniagaan anda seharusnya direka untuk mengubah cara pelanggan berfikir dan rasa tentang perniagaan anda. Jenama anda harus mendapat perhatian pasaran sasaran yang tertentu. Ini termasuk bukan sahaja aset visual, seperti design laman web/stor e-dagang anda, logo, warna jenama, dan kad perniagaan, tetapi juga misi dan budaya perniagaan anda.

  • Kenalpasti khalayak sasaran anda. Fikirkan tentang jenis produk yang anda akan jual dan siapa yang akan mungkin berminat dengan produk anda. Cuba untuk menjadi spesifik dengan pilihan pelanggan anda. Memilih satu segmen tertentu sahaja bermakna anda mempunyai lebih sedikit persaingan!
  • Iklankan keunikan produk anda. Apabila anda sudah tahu di mana kekuatan dan keunikan produk anda, anda boleh mula membuat kempen pemasaran yang lebih sesuai untuk khalayak sasaran anda. Jika anda menjual produk yang dibuat di rumah, anda mungkin menggunakan tona bahasa yang lebih mesra atau friendly jika dibandingkan dengan jenama besar yang selalu menggunakan bahasa yang lebih canggih.
  • Pilih nama yang cantik untuk stor anda. Memilih nama stor e-dagang anda ialah satu proses yang kreatif, jadi anda perlu memberi diri anda sedikit masa untuk berfikir. Cuba pilih nama yang bermakna dan nama yang berpotensi untuk kekal relevan di masa hadapan, atau sesuatu yang dapat memberi impak kepada orang ramai. Elakkan dari menggunakan nama-nama yang generik.
  • Bina sebuah logo. Selain nama stor anda, logo anda juga akan menjadi perkara pertama yang pelanggan anda akan perasan tentang stor anda. Logo yang baik selalunya mudah difahami dan simple, seperti logo Apple. Anda boleh pilih untuk guna lambang, logo maskot, ikon, logo monogram, dan lain-lain lagi sebagai logo anda. Gunakan juga warna rasmi yang spesifik untuk jenama anda.
  • Cipta slogan untuk jenama anda. Jika anda ingin jenama anda diingati, gunakan slogan yang power untuk perniagaan anda. Slogan akan membantu pelanggan anda memahami perniagaan anda dan motivasi disebaliknya. Contohnya, Nike menggunakan slogan ‘Just do it’ untuk menunjukkan tujuan jenamanya — memberi semangat dan motivasi.
  • Hebahkan jenama anda. Uar-uarkan jenama anda di stor e-dagang, laman web, dan media sosial seperti Facebook dan Instagram. Anda harus konsisten dengan pemasaran jenama anda untuk membina jenama yang mantap. Makin anda konsisten dengan identiti jenama anda sama ada online atau offline, makin mudah untuk perniagaan anda untuk dikenali oleh khalayak ramai.

Identiti jenama anda adalah sangat penting; ia membezakan anda dengan pesaing-pesaing anda. Penjenamaan yang kukuh boleh menjadikan stor anda ‘Instagrammable’. Ini akan menggalakkan pembeli mengambil gambar produk anda dan memuatnaiknya ke media sosial, sekaligus mempromosikan produk, stor, dan jenama anda. Tanpa penjenamaan yang betul, anda tidak boleh membina hubungan dengan pelanggan anda pada tahap yang lebih dalam. Ini bermakna pelanggan anda pada bila-bila masa sahaja boleh mengabaikan jenama anda sebaik sahaja mereka terjumpa stor e-dagang yang lain. Jangan sesekali memandang remeh tentang kepentingan membina jenama anda!

Adakah anda berminat menjadi seorang penjual Lazada dan gandakan keuntungan anda? Daftar sekarang.

Ikuti kami di FacebookInstagramTikTok serta subscribe channel YouTube kami untuk informasi terkini mengenai e-dagang dan pelbagai tips menjadi penjual dalam talian yang berjaya.

More articles you may like

Do you constantly feel like you want to be your own boss and start a business? The time is NOW!

Want more?

Sell With Lazada answers all your e-commerce how’s, go-to, do’s and don’ts. If you’d like to find out more on how to be an effective seller, follow us on the link below.

Recent Posts

Follow Us

Sell With Lazada answers all your e-commerce how’s, go-to, do’s and don’ts. If you’d like to find out more on how to be an effective seller, follow us on the link below.