Apa lagi yang berdaya menonjolkan glam pakaian asas seperti hanya seluar jeans dan-t-shirt kalau bukan seuntai barang kemas. Sememangnya, aksesori (aksesori rambut, kasut, atau barang kemas) mempunyai keupayaan untuk membuat pakaian anda sesuai untuk waktu siang atau malam, seperti kasut yang dipilih dengan baik. Bukan itu sahaja, pakaian yang bersahaja juga boleh menjadi mewah jika digandingkan dengan seuntai rantai nipis berkilauan di leher. Aksesori menaikkan lagi seri dan gaya pemakainya.
Kenali siapa pembeli barang-barang aksesori fesyen di Malaysia
- Tanpa mengambil kira waktu dan zaman, Malaysia ialah sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang majmuk yang terdiri daripada pelbagai kaum, bahasa, bangsa, agama, dan adat resam. Jadi secara semulajadinya, pembeli-pembeli aksesori fesyen di negara ini selalunya membuat pembelian pada waktu perayaan, atau dalam bahasa Inggeris ‘occasion-driven’. Bila sampai sahaja musim perayaan, rakyat negara kita asyik membeli belah di stor e-dagang untuk mencari fesyen yang terbaru dan memuat naik gambar fesyen mereka di Instagram mengikuti trend #ootd.
- Orang Melayu, yang mengamalkan agama Islam, lebih cenderung memilih pakaian yang lebih konservatif kerana ia mematuhi nilai kesopanan Islam, manakala orang Cina pula lebih memihak kepada pengaruh Asia Timur dari Korea Selatan atau Jepun. Aksesori rambut, misalnya, mungkin tidak akan begitu popular dalam kalangan masyarakat Melayu jika dibandingkan dengan tudung dan aksesori tudung seperti kerongsang moden.
Berdasarkan sebuah laporan dari statistik, rakyat yang berumur dalam lingkungan 25 ke 34 tahun adalah golongan majoriti pembeli barangan fesyen di Malaysia. Mereka juga kebanyakannya adalah wanita: 54.1% daripada semua pembeli fesyen adalah wanita. Peningkatan dalam pemerkasaan wanita dan kebebasan kewangan telah membolehkan wanita Malaysia membuat perbelanjaan yang lebih banyak.
Aksesori ruji
- Selebriti fesyen yang popular di Instagram banyak mempengaruhi trend tempatan. Tudung, contohnya, adalah item yang sangat popular dalam kalangan pembeli wanita Melayu. Tudung juga banyak yang terjual oleh kerana harga yang jauh lebih murah, misalnya, daripada jenama tulen.
- Barang kemas seperti barang emas yang tulen juga telah menjadi satu aksesori popular yang dibeli dari stor rasmi jenama-jenama terkemuka di laman e-dagang. Rakyat Malaysia kini lebih menyukai design moden dan baru jika dibandingkan dengan aksesori emas yang tradisional yang lebih diminati oleh generasi yang berumur. Selain daripada barang emas tulen, barang kemas yang dibuat dengan barang logam yang lain yang mempunyai corak, bentuk, dan batu yang cantik juga akan menarik minat pembeli.
- Beg senget atau slouch direka bentuk untuk dipakai dengan gaya bersahaja. Kulit beg slouch biasanya diperbuat daripada kulit binatang dengan rupa yang santai dan kasual. Beg gaya senget ialah reka bentuk yang biasa dilihat pada awal tahun 2000-an. Beg gaya ini begitu cepat menjadi popular dan kini menjadi item yang “perlu ada” dalam banyak almari pakaian wanita Malaysia.
Penjual-penjual aksesori fesyen e-dagang harus mengambil kesempatan atas kepelbagaian budaya di Malaysia untuk menjual produk yang lebih inovatif dan moden kepada rakyat Malaysia yang rata-ratanya amat terbuka untuk mencuba item atau jenama yang baru. Pasaran yang sedia ada juga mungkin tidak mencukupi untuk memuaskan selera rakyat Malaysia yang pelbagai, terutamanya golongan millennial dan generasi Y yang terjebak dengan budaya Instagram dan TikTok. Penjual-penjual e-dagang juga harus peka dengan trend fesyen yang cepat tular di laman-laman media sosial tersebut.
Sertai kempen fesyen Gayamu, Caramu oleh Lazada dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM60,000, kredit iklan Lazada Sponsored Discovery kesuluruhan bernilai RM3,000 dan banyak lagi!
Nak jadi bos tersendiri? Daftar sebagai penjual Lazada hari ini!
Ikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok serta subscribe channel YouTube kami untuk informasi terkini mengenai e-dagang dan pelbagai tips menjadi penjual dalam talian yang berjaya.