Skip to content

Apakah cara menguruskan stok selepas hari raya?

Share :

Reading time: 2 minutes

Hari raya untuk perniagaan bermakna peningkatan permintaan untuk segala-galanya, ditambah pula dengan lonjakan dalam pembelian produk fesyen (yang terjadi setahun sekali). Ini juga bermakna barangan yang tidak terjual, stok yang bergerak perlahan, kehabisan stok, dan macam-macam lagi yang mungkin berlaku. Kesemua ini biasa pada musim “puncak”. Sebagai peniaga e-dagang, anda harus bijak menguruskan stok anda selepas hari raya. Pelajari beberapa tips kami di sini.

Semak data jualan

Analisis data jualan anda semasa dan selepas musim raya untuk mengenal pasti produk yang dijual dengan baik dan juga yang tidak. Ini akan membantu anda membuat keputusan yang bijak tentang penyimpanan semula dan diskaun.

Ramalan permintaan

Gunakan data jualan dan trend pembelian di stor anda untuk meramalkan permintaan bagi setiap produk, kemudian fikirkan tentang jumlah stok yang perlu dipesan dan masa untuk memesannya.

Utamakan inventori anda

Fokus pada menyimpan semula produk terlaris anda terlebih dahulu, kerana produk tersebut berkemungkinan akan terus terjual dengan baik. Utamakan inventori anda berdasarkan data jualan anda dan ramalan permintaan. Perhatikan juga trend jualan semasa.

Diskaun inventori bergerak perlahan

Jika anda mempunyai lebihan inventori yang tidak laku, pertimbangkan untuk mendiskaunkannya untuk menghabiskan stok. Ini akan mengosongkan ruang untuk inventori baru dan menjana cashflow.

Strategi diskaun

  • Berikan diskaun untuk produk raya yang tidak terjual. Produk-produk ini saja yang layak untuk diberikan diskaun. Tentukan peratusan diskaun dan tempoh diskaun. Ingat, diskaun yang banyak boleh membantu anda mengosongkan lebihan stok dengan cepat, tetapi ia juga boleh mengurangkan margin keuntungan anda.
  • Uar-uarkan pendiskaunan produk anda di stor e-dagang anda.
  • Tetapkan tarikh akhir untuk diskaun atau mengehadkan bilangan produk yang tersedia pada harga diskaun.
  • Tukar peratusan atau tempoh diskaun, dan memberikan diskaun yang lebih agresif. Lebih baik mendapat keuntungan yang sedikit (atau kerugian yang kecil) daripada tidak mendapat apa-apa langsung!

Ingin pendedahan trafik yang ekslusif dan banyak? Jual di Lazada sekarang! Daftar sebagai penjual Lazada hari ini.

Ikuti kami di FacebookInstagramTikTok serta subscribe channel YouTube kami untuk informasi terkini mengenai e-dagang dan pelbagai tips menjadi penjual dalam talian yang berjaya.

More articles you may like

Do you constantly feel like you want to be your own boss and start a business? The time is NOW!

Want more?

Sell With Lazada answers all your e-commerce how’s, go-to, do’s and don’ts. If you’d like to find out more on how to be an effective seller, follow us on the link below.

Recent Posts

Follow Us

Sell With Lazada answers all your e-commerce how’s, go-to, do’s and don’ts. If you’d like to find out more on how to be an effective seller, follow us on the link below.