Skip to content

Apakah yang pelanggan anda cari apabila membeli sepasang kasut?

Share :

Reading time: 3 minutes

Ada pelbagai sebab mengapa pelanggan anda mahu membeli sepasang kasut, dan menarik perhatian mereka adalah penting dalam perniagaan ini. Anda mungkin mengahabiskan banyak masa menyelidik kemahuan dan keperluan pengguna. Walau apa pun kaedah yang digunakan oleh anda untuk mencapai keseimbangan antara kreativiti dan analisis objektif dalam pembelian kasut, mengetahui faktor utama yang mendorong pembelian ini adalah penting.

  • Jenama

Orang ramai tertarik kepada jenama kasut dan perniagaan yang ada nama, logo, dan slogan yang biasa mereka lihat atau dengar. Oleh itu, membina kesedaran jenama, dan akhirnya kesetiaan jenama yang kukuh, adalah penting untuk menjamin kejayaan anda dalam perniagaan kasut.

  • Kasut yang bagus

Duhh, kan? Reka bentuk yang hebat akan membantu, terutamanya jika ianya unik: contohnya, kasut rekaan artis. Ciri-ciri tambahan yang bagus seperti tapak bercetak 3D atau reka bentuk yang baik untuk meningkatkan prestasi larian adalah antara contoh bagaimana teknologi boleh memberi kesan kepada jualan kasut anda.

  • Maklumat saiz yang tepat

Kaki berbeza dalam saiz, bentuk, dan lebar, dan faktor ini tidak selalu diambil kira oleh penjual. Anda sendiri mungkin pernah memakai kasut yang mencederakan kaki anda semasa anda mula-mula mencubanya dan anda rela memaksa diri anda untuk melalui kesakitan dengan harapan untuk “membiasakan” diri anda dengan kasut baru itu. Ini tidak patut dan boleh menyebabkan kecederaan kekal pada struktur tulang kaki dan juga parut yang berkekalan! Pelanggan anda akan menghargai keselesaan yang mereka dapat dari jenama anda. Perkara-perkara seperti ini juga akan terpapar di bahagian reviews produk anda, satu lagi faktor yang dicari oleh pelanggan ketika membeli sepasang kasut!

  • Trend

Ada dua jenis perniagaan kasut: yang mencipta trend kasut dan yang mengikut trend. Panggilan ‘pengikut trend’ mungkin berbunyi negatif – tetapi sebenarnya tidak. Ada keuntungan yang boleh dibuat untuk kedua-dua inovator dan syarikat yang meninjau trend pasaran dan mencipta produk yang sesuai mengikut acuan trend tersebut. Menarik, kan? Ada banyak peluang untuk mengukir kedudukan anda dalam pasaran ini dan anda tidak sepatutnya merasa anda perlu untuk menjadi inovatif sahaja. Anda boleh fikir untuk menawarkan teknologi kasut sneakers yang baik atau sekadar menawarkan pelbagai idea gaya popular pada musim-musim tertentu. Mungkin itu yang pelanggan mahu.

  • Kualiti

Kualiti tinggi datang dengan ketahanan yang tinggi, bermakna kasut akan bertahan lebih lama. Setiap aspek kasut yang anda jual akan disemak oleh pelanggan untuk menentukan kualiti. Ini termasuk bahan yang digunakan untuk membuat kasut.

  • Jualan dan promosi

Anda tentu ingat berapa kali anda membeli sesuatu yang anda tidak perlukan atau mahukan hanya kerana kasut tersebut ‘on sale’? Sukar untuk menafikan fakta ini; promosi meningkatkan jualan. Anda juga tidak harus selalu bergantung kepada diskaun. Ganjaran seperti pembungkusan hadiah percuma atau hadiah kecil untuk hari jadi sudah mencukupi.

Untuk menjadi penjual kasut yang berjaya, anda harus memahami faktor yang mendorong pembelian kasut dan bagaimana anda boleh menggunakan maklumat ini untuk memaksimakan jualan anda.

Sertai kempen fesyen Gayamu, Caramu oleh Lazada dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM60,000, kredit iklan Lazada Sponsored Discovery kesuluruhan bernilai RM3,000 dan banyak lagi!

Nak jadi bos tersendiri? Daftar sebagai penjual Lazada hari ini!

Ikuti kami di FacebookInstagramTikTok serta subscribe channel YouTube kami untuk informasi terkini mengenai e-dagang dan pelbagai tips menjadi penjual dalam talian yang berjaya.

More articles you may like

Do you constantly feel like you want to be your own boss and start a business? The time is NOW!

Want more?

Sell With Lazada answers all your e-commerce how’s, go-to, do’s and don’ts. If you’d like to find out more on how to be an effective seller, follow us on the link below.

Recent Posts

Follow Us

Sell With Lazada answers all your e-commerce how’s, go-to, do’s and don’ts. If you’d like to find out more on how to be an effective seller, follow us on the link below.