Skip to content

Lima fabrik tudung yang lazim – setiap penjual mesti tahu

Share :

Reading time: 3 minutes

Tudung adalah satu cebisan kain yang penting dalam almari pakaian wanita Islam, dengan kepentingan agama dan budayanya yang mendalam. Tudung juga merupakan sebahagian daripada busana pakaian muslimah yang sopan dan sederhana. Ramai muslimah yang bergaya memilih tudung yang cantik untuk mencipta pernyataan gaya mereka yang tersendiri.

Kini, pakar industri fesyen mencadangkan bahawa bukan sahaja gaya tudung tetapi fabrik tudung juga penting. Dengan memakai tudung dari bahan fabrik yang berbeza, anda boleh mencipta penampilan yang cantik untuk diri anda sendiri. Malah, tudung dengan rona yang sama pun akan kelihatan berbeza apabila ia terdiri daripada fabrik dan tekstur yang berbeza. Di sini kami senaraikan lima jenis fabrik lazim tudung yang anda mesti tahu.

1. Chiffon

Dengan sifatnya yang selesa dan menawan, chiffon ialah fabrik yang paling biasa digunakan untuk tudung. Chiffon adalah campuran gentian seperti kapas, sutera, dan sintetik. Sifatnya yang ringan juga menjadikannya selesa dan memberikan rupa yang anggun. Ia boleh didapati dalam pelbagai warna dan corak. Di Malaysia, sebatian fabrik chiffon dan crepe juga sangat popular. Sebatian ini lebih senang untuk mengikut bentuk muka. Tudung chiffon yang dililit longgar juga sangatlah menawan!

 

2. Poliester

Poliester ialah fabrik yang mudah dibentuk, menjadikannya biasa untuk dilihat di mana-mana. Ia sesuai untuk dipakai secara kasual dan juga ke majlis khas. Banyak tudung bawal yang dijual di pasaran menggunakan fabrik jenis ini.

3. Rayon

Rayon ialah fabrik tudung yang sesuai untuk semua musim. Tudung yang menggunakan bahan ini lebih baik untuk mereka yang mahu berpenampilan kasual. Selain itu, anda boleh melabuhkan tudung rayon dalam pelbagai gaya untuk mencipta rupa yang unik!

4. Sutera

Tudung sutera boleh dilihat dalam banyak warna dan corak. Kilauan dan cetakan fabrik sutera sebenar memberikan rupa yang elegan dan mahal pada tudung. Ia kelihatan seperti sebuah karya seni; apabila digabungkan dengan renda, ia akan memberikan satu feeling ala-ala royalty selain keselesaan.

5. Kapas

Kain kapas boleh ‘bernafas’ dan ianya juga senang menyerap peluh, menjadikannya fabrik yang sesuai untuk iklim yang panas di Malaysia. Kain ini juga tidak licin, membuatkannya mudah dibentuk untuk gaya yang berbeza-beza. Cotton Voile dan Cotton Wafer juga adalah antara fabrik kapas yang telah ditambah dengan bahan lain untuk menjadikannya lebih baik.

Ianya selalu diperkatakan bahawa hijab ialah mahkota wanita Islam, simbol sebenar keanggunan dan kesopanan. Dari chiffon ke sutera ke kepas, wanita berhijab boleh memilih fabrik tudung mereka berdasarkan gaya hidup dan keutamaan peribadi mereka, cara mereka mahu menggayakan tudung mereka, dan faktor cuaca dan iklim. Kualiti fabrik tudung yang dipilih banyak bezanya dalam pengayaan, keboleh pakaian, ketahanan, dan banyak lagi. Jenis-jenis fabrik yang disenaraikan di atas juga adalah antara fabrik tudung yang lazim yang digunakan di pasaran di luar Malaysia juga. Ilmu ini boleh membantu penjual memutuskan keperluan pasaran.

Sertai kempen fesyen Gayamu, Caramu oleh Lazada dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM60,000, kredit iklan Lazada Sponsored Discovery kesuluruhan bernilai RM3,000 dan banyak lagi!

Nak jadi bos tersendiri? Daftar sebagai penjual Lazada hari ini!

Ikuti kami di FacebookInstagramTikTok serta subscribe channel YouTube kami untuk informasi terkini mengenai e-dagang dan pelbagai tips menjadi penjual dalam talian yang berjaya.

More articles you may like

Do you constantly feel like you want to be your own boss and start a business? The time is NOW!

Want more?

Sell With Lazada answers all your e-commerce how’s, go-to, do’s and don’ts. If you’d like to find out more on how to be an effective seller, follow us on the link below.

Recent Posts

Follow Us

Sell With Lazada answers all your e-commerce how’s, go-to, do’s and don’ts. If you’d like to find out more on how to be an effective seller, follow us on the link below.