Skip to content

Seni jahitan tudung

Share :

Reading time: 3 minutes

Wanita Muslimah di seluruh dunia menghargai peranan tudung dalam membuatkan mereka merasa diri mereka tidak hanya dinilai dari kecantikan fizikal. Ada yang memakai tudung kerana mereka inginkan perlindungan dari mata-mata yang memandang, dan tudung memberikan mereka keselesaan itu. Ada pula yang memakai tudung hanya untuk mematuhi suruhan agama semata-mata. Berjuta-juta wanita Islam menyarung tudung di kepala mereka dengan kerelaan dan rasa kebebasan dan dengan pilihan sendiri. Apa jua pilihan mereka, tudung yang dijual di pasaran datang dalam pelbagai rupa, bahan, dan gaya, atau mereka boleh membuat tudung mereka sendiri. Menjahit tudung ada seninya; tudung juga boleh disediakan dengan cara DIY.

  • Tudung jenis empat segi

Tudung ini ialah yang paling senang untuk dibuat. Ambil sehelai kain yang lebarnya 45 inci (bidang 45). Ukur kain yang panjangnya 45 inci juga. Potong sekeping kain dengan ukuran ini. Jahit untuk kemaskan bahagian tepi kain dan betulkan mana yang perlu. Anda boleh menambah jumbai manik dan reka bentuk sempadan bermanik atau mana-mana reka bentuk sempadan sulaman pada tudung anda, dan tadaa – sudahpun siap!

  • Tudung jenis segi tiga

Tudung segi tiga pada asasnya ialah tudung empat segi yang dilipat menyerong di bahagian tengah, menjadikannya berbentuk segi tiga. Secara alternatifnya, anda boleh memotong sehelai kain sebagai tiga segi bergantung kepada kelabuhan yang anda inginkan. Anda juga boleh memotong sekeping fabrik empat segi (tudung empat segi sama, bidang 45) secara menyerong di bahagian tengah, terutamanya jika anda menggunakan fabrik yang berat dan anda tidak mahu lapisan berganda. Anda boleh jahitkan manik pada bahagian kecil bucu tiga segi untuk hiasan.

  • Tudung serlom

Untuk membuat tudung ini, ambil sekeping kain empat segi berukuran 42 inci, atau anda boleh mengambil keseluruhan kain yang anda ada. Potong sekeping fabrik empat segi berukuran 42 inci secara menyerong di bahagian tengah seperti di bawah (dari garisan A ke B).

Lipat bahagian segi tiga supaya A bertemu B. Anggap titik tengah sebagai E. Tandakan E- C sebagai 24 inci (kelabuhan bahagian belakang tudung, boleh panjangkan lagi jika mahu). Tanda E-F 11 inci – ini untuk bukaan muka.

Kemudian, tandakan E-D sebagai 22 inci. Tandakan setiap 2 inci di sepanjang garisan C-D dari E 22 inci (hanya apabila anda menghala ke D, tambah panjangnya sedikit kepada 24 inci).

Ini ialah tudung yang sangat mudah untuk dijahit. Hanya satu jahitan sahaja yang diperlukan, iaitu di bahagian tengah di depan bawah pembukaan muka (dari dagu ke bawah). Untuk jahit, selesaikan tepi kain untuk bukaan muka, dan gabungkan kedua-dua bucu di bawah pembukaan muka.

Jenis-jenis tudung di atas adalah antara yang paling popular di Malaysia. Tudung-tudung ini juga sangat mudah dibuat. Bayangkan anda bebas memilih fabrik sendiri dan membuat tudung anda sendiri. Seni jahitan tudung amatlah mudah dipelajari, dan mana tahu, anda mungkin boleh memulakan perniagaan tudung anda sendiri!

Inilah peluang terakhir anda! Sertai kempen fesyen Gayamu, Caramu oleh Lazada dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM60,000, kredit iklan Lazada Sponsored Discovery kesuluruhan bernilai RM3,000 dan banyak lagi!

Nak jadi bos tersendiri? Daftar sebagai penjual Lazada hari ini!

Ikuti kami di FacebookInstagramTikTok serta subscribe channel YouTube kami untuk informasi terkini mengenai e-dagang dan pelbagai tips menjadi penjual dalam talian yang berjaya.

More articles you may like

Do you constantly feel like you want to be your own boss and start a business? The time is NOW!

Want more?

Sell With Lazada answers all your e-commerce how’s, go-to, do’s and don’ts. If you’d like to find out more on how to be an effective seller, follow us on the link below.

Recent Posts

Follow Us

Sell With Lazada answers all your e-commerce how’s, go-to, do’s and don’ts. If you’d like to find out more on how to be an effective seller, follow us on the link below.