Skip to content

Tips memulakan jenama fesyen Muslim

Share :

Reading time: 3 minutes

Dari menjual tudung yang bergaya kepada pakaian renang Muslimah dan fesyen sopan yang menarik, jenama-jenama besar barat seperti Gucci dan Nike juga turut mengambil kesempatan atas populariti dan permintaan fesyen sopan. Fesyen Muslim termasuklah tudung dan pakaian Muslimah, dan untuk memulakan jenama anda dalam industri ini, langkahnya sama saja dengan segmen-segmen lain. Tetapi, ada beberapa perbezaan antara memulakan perniagaan fesyen Muslim dengan yang fesyen yang lain.

● Apa yang anda jual? Ketahui sensitiviti dan sentimen pasaran anda

Selidik terlebih dahulu dan ketahui keperluan dan kehendak pasaran sopan di Malaysia. Jika anda ingin memenuhi cita rasa dan permintaan pembeli-pembeli fesyen Muslim, anda perlu membuktikan bahawa anda telah membuat homework anda dan anda memahami kehendak pasaran. Hakikatnya ialah wanita yang lebih suka memakai pakaian sopan, termasuk wanita dari semua bentuk dan saiz badan, inginkan perkara yang sama yang semua wanita inginkan: untuk kelihatan dan berasa cantik.

Berdasarkan sebuah artikel, apabila jenama besar seperti DNKY, Tommy Hilfiger, dan pereka-pereka terkenal yang lain menghasilkan koleksi pakaian sopan mereka, pelanggan mula mengkritik jenama-jenama ini. Pasaran fesyen sopan kecewa kerana koleksi itu menggabungkan elemen seperti material tipis, fabrik melekap, dan juga mendedahkan kulit model yang berkenaan. Ini satu pengajaran penting bagi industri ini.

● Mulakan skim perniagaan anda

Perancangan strategik anda harus menerangkan nilai organisasi, produk dan perkhidmatan anda, pasaran sasaran anda, dan strategi perniagaan anda untuk pembuatan, penjualan, dan pengedaran produk-produk anda. Anda juga perlu ambil kira nilai-nilai agama dan budaya yang disukai oleh pasaran sasaran anda apabila membangunkan strategi untuk perniagaan fesyen Muslim. Misalnya, Muslimah di Malaysia tidak mengehadkan fesyen mereka kepada jubah hitam sahaja. Mereka lebih meminati pakaian yang lebih moden dan berwarna warni.

● Uruskan lojistik perniagaan anda

Anda harus menyediakan infrastruktur yang diperlukan untuk mencipta jenama anda. Dari mana anda akan mendapat bahan utama untuk membuat produk anda? Siapa yang akan menyelia tugas pengeluaran? Aspek kewangan, harga produk, proses penghantaran, dan pekerja adalah beberapa isu logistik yang perlu difikirkan untuk perniagaan fesyen baharu.

Penglibatan media sosial untuk pemasaran jenama anda

Cipta video atau post yang menarik untuk meningkatkan peluang anda untuk mendapat lebih banyak tontonan. Libatkan model Muslimah yang sesuai. Lebih banyak tontonan dan penglibatan akan membawa kepada lebih banyak pendedahan, dan ini diterjemahkan kepada lebih banyak trafik untuk halaman jenama anda.

Jenama-jenama fesyen juga sering menganjurkan hari di mana mereka menawarkan hadiah kepada penonton di halaman mereka untuk menggalakkan pelanggan untuk menyukai, menge-tag rakan, atau berkongsi post di halaman media sosial mereka sendiri, justeru menjana lebih banyak trafik. Fesyen Muslim juga harus mula menggunakan taktik ini.

Ada banyak lagi cara untuk anda mencipta jenama fesyen Muslim anda. Copywriting yang baik juga sangat membantu dalam menentukan imej anda sebagai satu jenama Islam. Fikirkan bagaimana anda boleh mencipta sebuah post yang menunjukkan kemodenan produk fesyen Muslim anda.

Sertai kempen fesyen Gayamu, Caramu oleh Lazada dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM60,000, kredit iklan Lazada Sponsored Discovery kesuluruhan bernilai RM3,000 dan banyak lagi!

Nak jadi bos tersendiri? Daftar sebagai penjual Lazada hari ini!

Ikuti kami di FacebookInstagramTikTok serta subscribe channel YouTube kami untuk informasi terkini mengenai e-dagang dan pelbagai tips menjadi penjual dalam talian yang berjaya.

More articles you may like

Do you constantly feel like you want to be your own boss and start a business? The time is NOW!

Want more?

Sell With Lazada answers all your e-commerce how’s, go-to, do’s and don’ts. If you’d like to find out more on how to be an effective seller, follow us on the link below.

Recent Posts

Follow Us

Sell With Lazada answers all your e-commerce how’s, go-to, do’s and don’ts. If you’d like to find out more on how to be an effective seller, follow us on the link below.