Skip to content

Penyenaraian prapesanan (Pre-Order) dan bila untuk menggunakannya?

Share :

Reading time: 3 minutes

Penyenaraian prapesanan atau Pre-Order adalah strategi pemasaran yang digunakan oleh perniagaan untuk membolehkan pelanggan menempah dan membeli produk sebelum produk itu dikeluarkan secara rasmi atau tersedia untuk jualan am. Biasanya pelanggan boleh membuat penyenaraian dan halaman produk di tapak web atau pasaran dalam talian di mana pelanggan boleh membuat pesanan mereka lebih awal.

Berikut ialah beberapa situasi dimana penjual boleh menggunakan penyenaraian prapesan:

Pelancaran produk baru

Apabila memperkenalkan produk yang sangat dinanti-nantikan, penjual boleh menggunakan penyenaraian prapesanan untuk membina keterujaan dan mengukur permintaan sebelum keluaran rasmi. Pendekatan ini boleh membantu mereka menganggarkan jumlah jualan awal, mengurus inventori, dan menjana minat terhadap produk anda.

Edisi terhad atau item eksklusif 

Untuk edisi terhad atau produk eksklusif yang mempunyai permintaan yang tinggi, penyenaraian prapesanan boleh digunakan untuk memastikan pelanggan berpeluang mendapatkan pembelian mereka terlebih dahulu. Strategi ini membantu penjual mengurus bekalan dan permintaan, serta mewujudkan rasa ‘mendesak’ dalam kalangan pelanggan.

Perancangan pengeluaran

Penyenaraian prapesanan berguna untuk perjual yang memerlukan kuantiti pesanan minimum daripada pembekal. Dengan membenarkan pelanggan membuat prapesanan produk, perjual boleh mengukur permintaan dan memastikan mereka memenuhi kuota pengeluaran yang diperlukan, sekaligus mengelakkan inventori berlebihan atau kelewatan pengeluaran.

Pemasaran dan penglibatan pelanggan

Penyenaraian prapesan adalah satu peluang untuk anda berinteraksi dengan pelanggan anda dari mula. Anda boleh menggunakan pemasaran e-mel, media sosial, dan saluran lain untuk mempromosikan ketersediaan prapesanan, menawarkan diskaun atau insentif eksklusif, dan menjana keterujaan tentang produk atau koleksi anda yang akan datang.

Dalami pelanggan anda 

Penyenaraian prapesanan akan membolehkan anda mengumpulkan data berharga tentang pilihan dan permintaan pelanggan. Dengan menganalisis aliran dan corak prapesanan, anda boleh menentukan produk yang paling popular, mengenal pasti arah aliran pasaran, dan membuat keputusan termaklum untuk keluaran produk masa hadapan.

Sebagai penjual, anda harus ingat untuk menyatakan dengan jelas tarikh keluaran yang dijangkakan atau jangka masa penghantaran apabila menawarkan prapesanan. Ketelusan adalah penting untuk mengurus jangkaan pelanggan. Ingat, penjual yang bertanggungjawab adalah penjual yang menepati janji. Jadi, gariskan dengan jelas terma dan syarat untuk prapesanan, termasuk perubahan yang mungkin berlaku sebelum tarikh keluaran. Maklumkan juga kepada pelanggan anda tentang kemajuan prapesanan mereka. Hantar kemas kini biasa melalui e-mel atau ruangan chat di laman e-dagang untuk mengekalkan penglibatan dengan pelanggan.

Ingin pendedahan trafik yang ekslusif dan banyak? Jual di Lazada sekarang! Daftar sebagai penjual Lazada hari ini.

Ikuti kami di FacebookInstagramTikTok serta subscribe channel YouTube kami untuk informasi terkini mengenai e-dagang dan pelbagai tips menjadi penjual dalam talian yang berjaya.

More articles you may like

Do you constantly feel like you want to be your own boss and start a business? The time is NOW!

Want more?

Sell With Lazada answers all your e-commerce how’s, go-to, do’s and don’ts. If you’d like to find out more on how to be an effective seller, follow us on the link below.

Recent Posts

Follow Us

Sell With Lazada answers all your e-commerce how’s, go-to, do’s and don’ts. If you’d like to find out more on how to be an effective seller, follow us on the link below.