Skip to content

5 gabungan produk raya terbaik yang wajib ada di stor anda

Share :

Reading time: 3 minutes

Setiap penjual ingin memastikan produk yang betul terpapar di stor e-dagang mereka apabila dan di mana pelanggan mereka mahukannya. Setiap penjual juga sudah pasti ingin memaksimumkan hasil jualan terutamanya pada musim hari raya, iaitu antara perayaan yang paling penting di Malaysia.

1. Pelitup muka raya bersama dengan baju raya

Walaupun pelitup muka sudah tidak wajib lagi untuk dipakai di luar rumah, masih ramai lagi yang bimbang tentang penularan virus COVID-19 terutamanya pada hari raya. Ramai wanita dan bahkan juga lelaki yang ingin menjadikan pelitup muka sebagai satu kenyataan fesyen. Mereka lebih gemar memakai pelitup muka yang ceria, bercorak, berkilauan, atau bermanik daripada pelitup muka biasa yang kosong dan pudar warnanya. Anda boleh padankan pelitup muka ini dengan pakaian yang anda jual di stor anda.

2. Baju raya dengan warna trend 2023 bersama dengan kasut raya 

Menurut trend warna 2023, lima warna telah dinobatkan sebagai ‘bakal popular’: digital lavender (warna ungu lembut), sundial (oren keemasan), luscious red (merah menggoda), tranquil blue (biru tenang), dan verdigiris (hijau daun pokok). Anda boleh membantu pelanggan anda menjimat masa untuk mencari fesyen kasut yang sesuai dengan pakaian mereka dengan memberikan mereka pilihan ini di stor anda.

3. Beg tangan dengan kasut yang sedondon 

Beg tangan ialah sebuah item yang terhangat untuk raya. Apabila dipadankan dengan kasut yang sedondon atau sesuai, ia akan membangkitkan seri baju raya yang dipakai. Ramai yang akan balik ke kampung dan barangan yang kini telah menjadi keperluan harian seperti pembersih tangan (sanitiser) dan pelitup muka dan sampul duit raya memerlukan tempat untuk distor. Beg tangan juga penting untuk trend OOTD yang selalu tular setiap raya!

4. Baju raya bersama dengan tudung

Baju raya seperti baju kurung atau kebaya kurung sangat anggun apabila digayakan, tambah-tambah lagi dengan tudung yang cantik dan sesuai. Renda menaikkan lagi seri baju dan tudung raya dan memberikan imej yang mewah kepada pemakai. Gabungan baju raya dan tudung ialah gabungan yang wajib dijual di stor anda, lebih-lebih lagi apabila majoriti wanita Muslim bertudung.

5. Baju Melayu beserta sampin dengan songkok

Tiada hari raya tanpa baju Melayu yang lengkap dengan sampin dan songkok! Jika anda kreatif, mungkin juga tengkolok. Berikan kemudahan untuk pelanggan anda memilih warna dan jenis baju Melayu dan songkok yang sesuai untuk mereka. Set ini sangat penting kerana hampir kesemua rumah akan memerlukannya pada hari raya!

Walaupun fesyen raya sangat luas dan merangkumi banyak pilihan, ada beberapa gabungan barangan fesyen yang sudah menjadi tradisi di Malaysia. Gabungan seperti baju raya dan tudung dan baju Melayu dan songkok sudah tidak asing lagi dari budaya kita. Anda sebagai penjual berpeluang menarik minat pelanggan dengan menyediakan set-set tradisi ini di stor e-dagang anda.

Nak jadi bos tersendiri? Daftar sebagai penjual Lazada hari ini!

Ikuti kami di FacebookInstagramTikTok serta subscribe channel YouTube kami untuk informasi terkini mengenai e-dagang dan pelbagai tips menjadi penjual dalam talian yang berjaya.

More articles you may like

Do you constantly feel like you want to be your own boss and start a business? The time is NOW!

Want more?

Sell With Lazada answers all your e-commerce how’s, go-to, do’s and don’ts. If you’d like to find out more on how to be an effective seller, follow us on the link below.

Recent Posts

Follow Us

Sell With Lazada answers all your e-commerce how’s, go-to, do’s and don’ts. If you’d like to find out more on how to be an effective seller, follow us on the link below.