Skip to content

Bagaimana untuk kekal relevan di dalam dunia e-dagang yang sengit?

Share :

Reading time: 3 minutes

Penjual e-dagang boleh menangani situasi ini dengan beberapa cara:

Fokus kepada satu segmen yang spesifik.

Beri perhatian kepada jenis produk yang anda ingin jual dan tembusi pasaran yang spesifik. Teruskan menjual pelbagai produk dalam segmen yang sama untuk menarik perhatian. Produk yang dilabelkan sebagai eksklusif adalah lebih senang untuk dijual berbanding dengan produk yang dijual secara besar-besaran (mass production). Walau bagaimanapun, jika anda seorang penjual produk mass production, anda boleh juga mengalahkan pesaing anda dengan menjual pada harga yang kompetitif.

Bina kesetiaan pelanggan kepada jenama anda.

Berinteraksilah dengan pelanggan anda menggunakan pelbagai saluran yang sedia ada (media sosial, blog, chatbox khidmat pelanggan) dan respon kepada ulasan produk yang positif. Cuba berikan sentuhan peribadi kepada respons anda untuk membina keyakinan pelanggan, dan cadangkan produk alternatif kepada pelanggan dengan keperluan khusus. Elakkan dari memberi respons yang default kepada pelanggan; ingat, komunikasi yang efektif adalah kunci utama untuk membina apa jua hubungan termasuklah hubungan perniagaan!

Susun strategi harga produk anda.

Terdapat dua cara untuk mengekalkan prestasi perniagaan anda dan mengalahkan penjual e-dagang yang lain: turunkan harga produk anda, pastikan kualiti produk anda mantap, dan sediakan perkhidmatan pelanggan yang lebih baik. Anda juga boleh menurunkan harga dengan promosi, jualan flash sale, dan penghantaran percuma, atau menyediakan perkhidmatan pelanggan yang lebih baik dengan menghadiahkan saguhati kepada pelanggan anda. Satu cara untuk melakukan ini ialah dengan menghadiahkan beberapa produk anda yang lain sebagai tester kepada pelanggan untuk meningkatkan kesedaran jenama dan memastikan mereka berpuas hati berurus niaga dengan anda.

Ambil tahu tentang trend terkini di Malaysia.

Anda harus kekal aktif di media sosial untuk mendalami trend terkini di Malaysia agar anda boleh menyesuaikan produk, harga, kedai, dan juga pemasaran anda mengikut perubahan trend semasa. Sebagai contoh, lebih ramai rakyat Malaysia yang prihatin terhadap alam sekitar dan ingin menyumbang kepada pemeliharaan alam semula jadi. Jadi, anda boleh merancang produk anda untuk menjadi lebih mesra alam dan mempromosikan produk anda dengan idea yang sama!

Pasarkan produk anda dalam bentuk video.

Jika anda belum mula memasarkan produk anda dengan format video, anda kemungkinan besar ketinggalan jika dibandingkan dengan pesaing anda. Video berupaya untuk meningkatkan SEO dan mendorong trafik ke stor anda. Anda boleh memuat naik video demonstrasi produk, cara memasang atau menggunakan produk anda, atau ciri-ciri terbaik produk anda untuk tontonan pelanggan.

Lazada Malaysia menawarkan pelbagai jenis produk dari ramai penjual, jadi amatlah penting untuk anda memastikan produk anda menarik perhatian pelanggan. Ambil tahu tentang cara pesaing anda memenuhi permintaan pelanggan mereka, dan buat kajian tentang kualiti dan harga produk mereka.

Walaupun jenama-jenama terkenal juga menjual produk mereka di platform e-dagang, perniagaan kecil dan sederhana juga masih berpeluang untuk memenuhi keperluan pelanggan. Tumpukan perhatian anda kepada kualiti produk, servis yang diberikan sebelum dan selepas pembelian, serta penghantaran untuk lebih berjaya dalam perniagaan e-dagang anda.

Nak jadi bos tersendiri? Daftar sebagai penjual Lazada hari ini!

Ikuti kami di FacebookInstagramTikTok serta subscribe channel YouTube kami untuk informasi terkini mengenai e-dagang dan pelbagai tips menjadi penjual dalam talian yang berjaya.

More articles you may like

Do you constantly feel like you want to be your own boss and start a business? The time is NOW!

Want more?

Sell With Lazada answers all your e-commerce how’s, go-to, do’s and don’ts. If you’d like to find out more on how to be an effective seller, follow us on the link below.

Recent Posts

Follow Us

Sell With Lazada answers all your e-commerce how’s, go-to, do’s and don’ts. If you’d like to find out more on how to be an effective seller, follow us on the link below.